Lewat Lunch di Orked Coffee, Taman Scientex, JB

Lewat Lunch di Orked Coffee, Taman Scientex, JB || Ini kisah sebab ternampak gambar sis Lin yang memukau ke sini last year. Aku pun nak try jugak la betul ke menarik atau hanya khabar angin. Bila dah sampai harituu.. Ehh nice lahhh! Bersih, cantik dihias dengan pokok orked kertas, FREE Wi-Fi, dan sedap makanannya! Ada western, dan ada jugak dessert seperti kek yang sedap sedap nampak! Meh tengok apa menu simple yang aku order.

Orked Coffee

 Latte Hot! Nama pun Orked Coffee, haruslah aku try coffee nya.. Hehe..  Suka tengok corak kat air tu..Menarik! 

Spaghetti Aglio Olio

Spaghetti Aglio Olio terlioqqq!

Orked Coffee

LATTE HOT RM9
SPAGHETTI AGLIO OLIO RM15

So rasanya camana??!

Of coursee lah sedappp!!! Nice sebab spaghetti tu tidak terlalu berminyak, dan tidak hanyir. Latte hot tu not bad..Sesekali padankan menu berdua ni. Western dimakan bersama kopi..Haha.. Selera cara kita! 

lunch

Tenang dan damai je makan dalamni.. Alunan muzik yang mendatangkan mood relaks pun membantu jugak. Sambil makan, sambil online sambil tengok hiasan dalaman sekitar. Sejukk hati kakak! 

Okaylah, kalau wifi rumah aku buat hal, senang lah terus ke sini aje..Hihi... Oh ya! Ada bayaran untuk SST 6% tau kat sini...

Kalau nak singgah, ini infonya ye: 

ORKED COFFEE
No 42, Jalan Belatuk 5, Taman Scientex, 
Pasir Gudang, 
Johor

0108387723




Post a Comment

7 Comments

  1. Waaa kemain sampai tak ajak ekkkk.. kalau tak boleh bukak kelas hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuhlah..Haritu time pergi ni, sis tengah bz masak masak kan.... haahaha..

      Delete
  2. Ada kopi dan ada orkednya. Bagus mengikut tema cafe. Eh murah coffee latte tu. Biasalah kalau ada latte art mesti belas belas harganya. huhu..silap timing masuk sini. Lapar menjelma tengok aglio olio. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa.. ikut tema gitu . hihi.. murah ler kann.. untuk sejenis minuman panas berseni gini..

      Hihi.. Lapo pulok.. maap...hahaaa

      Delete
  3. Macam best je nih kafe ni.. Boleh singgah ni nanti. Taman Scientex dekat mana ye sis?

    ReplyDelete
  4. Bagus ada WiFi elok.
    Hehe harga makanan berpatutan.

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐