Beli Baju Raya Emak kat Butik Hamijan, Taman Scientex, Pasir Gudang, JB

Beli Baju Raya Emak kat Butik Hamijan, Taman Scientex, Pasir Gudang, JB

Beli Baju Raya Emak kat Butik Hamijan, Taman Scientex, Pasir Gudang, JB ||  Haritu cari baju raya emak, aku punya settle dah awal awal.. Aku bawak mak beli kat sini, sebab dengar situ banyak pilihan Dan harganya not bad. Tidak terlalu mahal gitu. Bukan setakat baju Kurung dewasa je ada malah baju kurung Kanak Kanak, baju Melayu, telekung, kain pasang, kemeja Dan tudung pun ada sekali terjual! Wehh, senang betul! Mak aku pun sampai terbeli Dua helai baju, tak termasuk tudung lagi.. Huhu.. 

Jom aku reveal satu jenis baju pilihan emakku tapi warna rahsia. Meskipun kami tak pakai sedondon warna di pagi raya tapi aku beli jugak baju yang sama jenis and berlainan warna 😬

Butik Hamijan

Baju raya hijau

Awak tema hijau ke this year 😍

Kurung Kebaya

Tadaaaa..inilah yang mak aku berkenan tuh, tapi bukan ini kaler tau pilihannua...Huhu.. Very simple Dan tak begitu sarat tapi still nampak elegant sebab ada sikit manik Dan Jenis pleated pada bahagian pergelangan tangan serta area bawah baju tu ❤️

Lace

Cantiknya corak lace Gini..  Aku sukaaa nengoknya 😆

Baju raya kanak kanak

Baju budak. Cantiknya sebab lace pink tuh! Hihi..
Zaman aku kecik kecik dulu, tak pakai camni..

Kedai Baju Raya Pasir Gudang

Pelbagai pilihan pakaian dengan pelbagai warna Dan design yang menawan

Kedai Baju Pasir Gudang

Nak lace ada, sulam ada, plain pun ada.. Jronless punya and lelain, banyak betul pilihan cantik cantik Dan selesa kainnya! Kebaya, baju kurung biasa Dan jubah cantik cantik kat sini.

Aku yang tengok tengok sambil mak tengah pilih pilih, pun tergoda jadiknya. Maka terbeli lah sepasang baju Kurung, sehelai tudung Dan blaus 😆 

Baju raya 2023

Kak, nak bergambo bolehh 😃
Haaa, nampak tak plastic besar bermakna kami borong sakan weh 😁 Seronok dah settle persediaan baju raya untuk tahun 2023 ni 👍

Korang yang berdekatan, yang mencari baju raya area Taman Scientex, Pasir Gudang, bolehlah try singgah ke Butik Hamijan, Taman Scientex, Pasir Gudang ya 👍


Butik Hamijan
No 47 Jln Kenari 1, Tmn Scientex Pasir Gudang, Johor


Notakaki: Korang tema warna apa this year?

Post a Comment

6 Comments

  1. wah wah berapa pasang la dia borong gak nya tu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..Boleh tahan..Sy tak banyak tapi mak .. Iyerr 😆

      Delete
  2. Uishhhhhh beso nye plastik dia. Hihihihi!

    ReplyDelete
  3. Kalau pegi sopink tempat macam ni memang rambang mata dibuatnya.

    ReplyDelete
  4. Tahu pula tema hijau. Hehe. Macam-macam jenis ada.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .