Cara Solat Jenazah Lelaki

Cara Solat Jenazah Lelaki

Cara Solat Jenazah Lelaki || Kematian itu pasti. Semua tarikh Dan waktu kematian telah ditentukan. Ada yang meninggal awal, sejak dari perut, sewaktu menjadi bayi, kanak kanak Dan sebagainya. Takut bila sebut pasal kematian kerana kita belum cukup bersedia untuk mati atau menerima berita kematian insan yang tersayang tetapi itulah kebenaran Dan takdirNya yang perlu kita terima sebagai hamba. Apa yang pasti, jika berlakunya sesuatu  kematian (Dalam Agama Islam), amalan seperti memandikan, mengafankan Dan solat Jenazah buat si mati perlu dilakukan. Untuk harini, saya nak share mengenai Cara Solat Jenazah Lelaki. 

Seperti yang diketahui ramai, solat Jenazah merupakan suatu amalan fardhu kifayah yang dilaksanakan khusus buat Jenazah atau si mati sama ada lelaki, perempuan mahupun khunsa. 

Solat Jenazah Lelaki

Sumber Gambar Dari Harian Metro

Rukun Solat Jenazah

1. Tujuh rukun solat jenazah;

2. Niat berserta takbiratulihram.

3. Berdiri tegak (solat jenazah tidak ada rukuk dan sujud)

4. Bertakbir dengan empat kali takbir termasuklah takbiratulihram bersama dengan niat.

5. Membaca al-fatihah selepas takbiratulihram.

6. Selawat ke atas Rasulullah SAW selepas takbir yang kedua.

7. Berdoa untuk jenazah yang disembahyangkan selepas takbir yang ketiga

8. Memberi salam selepas takbir yang keempat


Cara Mendirikan Solat Jenazah Lelaki

1. Niat dan takbiratulihram.

Niat Dan lafaz untuk solat jenazah lelaki

Niat solat Jenazah lelaki

Sahaja Aku Solat ke Atas Jenazah Lelaki Ini Empat Kali Takbir Fardhu Kifayah Menjadi Makmum Kerana Allah Taala

2. Kedudukan tangan sama seperti dalam solat yang biasa dilakukan.

3. Membaca surah Al-Fatihah.

4. Takbir untuk kali kedua dan angkat tangan ke telinga. Kemudian letakkan tangan ke badan semula.

5. Baca selawat ke atas Nabi Atau adalah lebih afdhal dengan membaca selawat Ibrahimiyyah.

6. Takbir kali ketiga dan angkat tangan ke telinga. Kemudian letakkan tangan kembali ke badan semula.

7. Baca doa selepas menunaikan solat jenazah.


Bacaan Doa Selepas Menunaikan Solat Sunat Jenazah Lelaki

Solat Jenazah lelaki

Perbezaan Solat Jenazah Lelaki Dan Solat Jenazah untuk Perempuan


1. Niat Solat Jenazah Lelaki Dan Perempuan

2. Kedudukan Kepala

Jenazah lelaki: Kepala jenazah diletakkan pada sebelah kiri imam dengan kebanyakan bahagian badan jenazah di sebelah kanan imam dan imam berdiri di bahagian kepalanya.

Jenazah perempuan atau khunsa: Kepala jenazah diletakkan pada sebelah kanan imam dan imam berdiri di bahagian punggungnya.

3. Doa Selepas solat jenazah lelaki Dan Perempuan.

Surah Berkenaan Kematian

“Apabila sampai ajal maut seseorang maka manusia tidak berupaya menunda mahupun mempercepatkan, walau sesaat pun.”
(Surah al-A’raf :34)

Seperkara lagi, jika kita berada dalam masjid, tetiba haritu ada Jenazah yang perlu disolatkan di dalam masjid tu Dan kita tak kenal siapa orangnya, maka tugas kita untuk make sure jantina Jenazah tersebut sebelum menunaikan solat jenazah agar kita tidak tersalah membuat solat Jenazah Lelaki ataupun perempuan atau terhadap khunsa. 

Untuk itu, sama sama lah kita pelajari solat Jenazah Lelaki Dan Perempuan agar saatnya tiba, kita dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan baik. InshaAllah.. Sesungguhnya, banyak fadhilat Dan kebaikan menunaikan solat Jenazah. Rebut peluang menunaikan solat Jenazah Lelaki Dan Perempuan bila mampu melakukannya ya ❤️


Notahati: Semoga dipanjangkan usia kita sehingga ke hari tua... Aamin! 






Post a Comment

6 Comments

  1. perkongsian yg baik.. terima kasih

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang bagus. Pernah beberapa kali solat jenazah masa menunaikan umrah. Masa tu boleh dikatakan setiap waktu ada orang meninggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Memang ada orang meninggal setiap hari.. Pergi je hospital.. Boleh nampak jugak..

      Delete
  3. thanks for sharing. dulu2 org solat jenazah di rumah..tp skrg lebih mudah buat di masjid sahaja....

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .