Terjah Majestic Johor Festival (FJF) 2023

Terjah Majestic Johor Festival (FJF) 2023

Terjah Majestic Johor Festival (FJF) 2023 || Majestic Johor Festival (FJF) kini kembali lagi pada tahun 2023. Tarikh festival tahun ni adalah pada 26 Ogos 2023 hingga 3 September 2023!. Ramai jugak yang ternanti nanti festival MJF saban tahun sebab last year, festival MJF ni boleh tahan meriah dengan pelbagai Jualan Dan aktiviti. Masuk adalah PERCUMA. Konsert pun PERCUMA! Inilah yang best. Selain parking Dan masuk PERCUMA, banyak aktiviti, pameran Dan pertandingan yang diadakan. Menang pertandingan, boleh dapat duit! 😃 Ada jugak buat pemeriksaan mata secara PERCUMA! 

Macam biasa, kalau ke sana, aku akan Waze Hotel Jen barulah bebetul sampai lokasinya. Korang pun jangan lupa singgah sana ye! Confirm tak nyesal jejak kaki ke sini 😍

Majestic Johor


Aktiviti Menarik di Majestic Johor Festival

  • Pameran Piala Johor Darul Takzim FC (26 Ogos-3 September 2023)
  • Sesi Meet & Greet bersama Para Permain Johor Darul Takzim (JDT) Pada 30&31 Ogos-1 September 2023
  • Pameran Daerah-Daerah, Jambatan&Agensi.
  • MBFA Betta Fish Festival
  • Starvendors Foodstival by Starvendors
  • Food Trucks
  • Arts & Coffee
  • Pelbagai Aneka Jualan Makanan Dan Barangan
  • Sambutan Ambang Kemerdekaan
  • Perarakan Kemerdekaan
  • Pertunjukan Bunga Api
  • Pertandingan Star Voice
  • Konsert Road Tour Gegar Vaganza
  • Pameran Kek Terbesar di Malaysia 

Firework

Wow! Mesti meriah pertunjukan Bunga Api kat sini.. Seronok tengok bunga Api kat sini last year! Cantik cantik letupannya. Lama pulak tu firework show tuh.. 


Durian


Pemeriksaan Mata


Pemain JDT

Yesss! Lebih gempak, lebih meriah dan semestinya lebih bermakna buat rakyat Johor khasnya kepada peminat pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) kerana pada kali ini akan diadakan Pameran Piala-Piala Johor Darul Ta'zim FC yang bakal menjadi tarikan utama penganjuran Majestic Johor Festival (MJF) 2023.

Pameran piala-piala ini yang bakal menarik minat bukan sahaja para penyokong dan "Fans Club" tempatan bahkan dijangka akan menarik minat pengunjung atau penyokong dari negara Indonesia dan Singapura yang akan diadakan sebagaimana maklumat berikut:-

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda dan pastinya anda boleh bertemu serta bergambar bersama para pemain pasukan Johor Darul Ta'zim FC pada 30 & 31 Ogos 2023 serta 1 September 2023 (3 hari).


Aktiviti Pameran Piala Johor Darul Takzim FC


  • Pameran Piala Johor Darul Ta'zim FC dari 2013 - 2022
  • 'Under Table Football'
  • 'Penalty Shoot-out'
  • Pameran jersi JDT
  • Cabutan bertuah
  • Jualan jersi JDT dan banyak lagi...



📅 Tarikh 

26 Ogos 2023 hingga 3 September 2023 

⏰ Masa 

 10.00 pagi hingga 11.00 Malam

📍 Tempat 

Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor 




#tourismjohor 

#majesticjohor 

#yokroundjohor 

#majesticjohorfestival2023 

#johorbahru 

#mjf2023 

#johor 

#aabtj

Post a Comment

5 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .