Himpunan Lima Lirik Lagu Patriotik Yang Membakar Semangat Sepanjang Zaman

Himpunan Lima Lirik Lagu Patriotik Yang Membakar Semangat Sepanjang Zaman

Himpunan Lima Lirik Lagu Patriotik Yang Membakar Semangat Sepanjang Zaman || Lagu Patriotik dicipta bagi memberi suntikan semangat nasinonalisme kepada rakyat agar sentiasa mencintai, Dan menghargai Malaysia. Di Malaysia, lagu Patriotik sering berkumandang pada bulan bulan yang berkaitan dengan kisah perjuangan seperti hari kemerdekaan (Ogos), Dan September (Hari Malaysia). Banyak lagu Patriotik tercipta sejak Dari dulu zaman kemerdekaan yang sentiasa menjadi siulan, Dan tidak kurang jugak dengan lagu lagu baru zaman sekarang. 

Harini, sempena dengan hari kemerdekaan yang bakal tiba tak lama lagi, Nona nak buat himpunan Lima Lirik Lagu Patriotik Yang Membakar Semangat Sepanjang Zaman. Bila nyanyi lagu Patriotik ni, barulah lebih feel erti Merdeka Dan kemerdekaan 😄 Ya, semua lirik Lagu Patriotik mempunyai nilai murni Dan jiwa di dalamnya. 

Merdeka

Gambar Google

Nilai Murni dalam Lirik Lagu Patriotik

  • Membakar semangat nasionalisme dalam jiwa
  • Menyuntik semangat perpaduan sesama kaum.
  • Menanam sikap cinta Dan sayang akan tanah air.
  • Mewujudkan sikap berani mempertahankan negara.
  • Melahirkan rasa Syukur sebagai rakyat Malaysia.
  • Memberi inspirasi dalam kehidupan.

Tema Hari Merdeka 2023

Keluarga Malaysia, Teguh Bersama 

1. Lirik Lagu Warisan

Penyanyi: Sudirman

Lirik Lagu menyebut tentang 'akulah penyambung warisan'. Siapa lagi Kalau bukan kita. Kita lah penyambung warisan dalam negara. Semoga ramai melahirkan insan yang berguna buat negara Malaysia Tercinta. Teringat kenangan masuk pertandingan Nyanyian lagu Patriotik bersama ramai kat sekolah dulu..Lagu ni menjadi pilihan kami sambil berkain batik.. Hihi..


💥 Di sini lahirnya sebuah cinta

Yang murni abadi sejati

Di sini tersemai cita cita

Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima

Andai aku disingkirkan

Ke mana harusku bawakan

Ke mana harusku semaikan cinta ini

Betapa

Di bumi ini ku melangkah

Ke utara selatan timur dan barat

Ku jejaki


Aku bukanlah seorang perwira

Gagah menguna senjata

Namun hati rela berjuang

Walau dengan cara sendiri

Demi cinta ini


Ku ingin kotakan seribu janji

Sepanjang kedewasaan ini

Ku ingin sampaikan pesanan

Akulah penyambung warisan

Andai ku terbuang tak diterima

Andai aku disingkirkan

Ke mana harusku bawakan

Ke mana harusku semaikan cinta ini

Betapa

Di bumi ini ku melangkah

Ke utara selatan timur dan barat

Ku jejaki


Aku bukanlah seorang perwira

Gagah menguna senjata

Namun hati rela berjuang

Walau dengan cara sendiri

Demi cinta ini


Ku ingin kotakan seribu janji

Sepanjang kedewasaan ini

Ku ingin sampaikan pesanan

Akulah penyambung warisan

2. Lirik Lagu Tanggal 31

Penyanyi: Sudirman

Ceria betul lagu Tanggal 31 ni! Lirik lagu menyebut berulang ulang kali tentang tarikh hari kemerdekaan Malaysia iaitu 31 Ogos! Hehe.. Memang kena pasang lagu ni sewaktu hari kemerdekaan. Bebudak pun auto tahu hari Merdeka dah tiba bila dengar lagu catchy begini. 

💥 Tanggal 31

Bulan lapan, 57

Merdeka, merdeka

Tetaplah merdeka

Ia pasti menjadi sejarah


Tanggal 31

Bulan lapan, 57

Hari yang mulia

Hari bahagia

Sambut dengan jiwa yang merdeka


Mari kita seluruh warga negara

Ramai-ramai menyambut hari merdeka

Merdeka! 💥         

31, bulan lapan, 57

Hari mulia, negaraku merdeka..


Tanggal 31

Bulan lapan, 57

Merdeka, merdeka

Tetaplah merdeka

Ia pasti menjadi sejarah


Tanggal 31

Bulan lapan, 57

Hari yang mulia

Hari bahagia

Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara

Ramai-ramai menyambut hari Merdeka,

Merdeka!


31 bulan lapan, 57

Hari mulia, negaraku merdeka

Mari kita seluruh warga negara

Ramai-ramai menyambut hari Merdeka..

Merdeka!


31 bulan lapan, 57

Hari mulia, negaraku merdeka

Merdeka!

Merdeka!

Merdeka!

Merdeka!


3. Lirik Lagu Perajurit Tanah Air (Inilah Barisan Kita)

Alunan muziknya pun dah berbunyi Patriotik. Apatah lagi liriknya. Betul betul menggambarkan tentang perjuangan sebenar seorang perajurit dalam menjaga ketenteraman negara kita daripada dijajah Dan diserang manusia yang berniat merampas Dan menghancurkan tanah air kita.


💥 Inilah barisan kita

Yang ikhlas berjuang

Siap sedia berkorban,

Untuk ibu pertiwi!


Sebelum kita berjaya

Jangan harap kami pulang

Inilah sumpah pendekar kita

Menuju medan bakti!


Andai kata kami gugur semua

Taburlah bunga di atas pusara

Kami mohon doa, Malaysia berjaya!

⏩ Semboyan telah berbunyi

Menuju medan bakti!


4. Lirik Lagu Jalur Gemilang

Lirik lagunya menceritakan tentang bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang. Maksud pada warna warna bendera Malaysia disampaikan melalui liriknya. Simple tapi disukai sebab kerancakan muziknya. Lirik lagu pun mudah diikuti terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah. 

💥 Merahmu bara semangat waja

Putihmu bersih budi pekerti

Kuning berdaulat payung negara

Biru perpaduan kami semua


Puncak dunia telah kau tawan

Lautan luas telah kau redah

Membawa semangat jiwa merdeka

Semarak jaya kami warganya


Empat belas melintang jalurnya

Semua negeri dalam Malaysia

Satu suara satu semangat

Itu sumpah warga berdaulat


Jalur gemilang... di bawah naunganmu

Jalur gemilang... kami semua bersatu

Perpaduan ketaatan

Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur gemilang... megah kami terasa

Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan

Merah putih biru kuning

Jalur semangat kami semua


Berkibarlah

Berkibarlah

Berkibarlah

JALUR GEMILANG!


5. Lirik Lagu Negaraku 

Penyanyi: Faizal Tahir, Joe Flizzow, Altimet, SonaOne

Ini antara lagu Patriotik moden. Melodi Dan rentaknya pasti menambahkan semangat kecintaan terhadap negara. 


💥 Negaraku

Negaraku

Ku beri sepenuhnya

Ku beri sepenuhnya

Ini negaraku

Oh darahku

Hiduplah sepenuhnya

Dirgahayu semua


Kalau kata itu kota, kami bina tamadun

Lihat rangkap-rangkap pantun hidup beratus tahun

Bangkit seribu perwira selamat sejuta insan

Gelap dalam matahari insan juga bisa insaf

Mana cerita panglima yang wujud benar

Awang hitam kaji awan putih bila belayar

Hamba keliling dunia tuannya yang terkenal

Nak merdeka di jasad, harus bebas di akal


Hatiku tetap hanya padamu

Keranamu aku berdiri

Tanpamu cita-cita hanya kekal sebagai mimpi

Semuanya bermula dari sini


Negaraku

Negaraku

Ku beri sepenuhnya

Ku beri sepenuhnya

Demi negaraku

Oh darahku

Hiduplah sepenuhnya

Dirgahayu semua


Dan dari 57, jalannya telah disuluh

Bangkit seakan subuh rebung dilentur buluh

Terus ke 63, kami menjadi kita

Jangan dipersia akibat titik-titik nila

Biar hujan batu turun selebat tengkujuh

Selagi kami mampu semangat tak pernah lumpuh

Selagi ada tubuh untuk kamu aku memburuh

Usaha yang aku bubuh semua petir tiada guruh


Hatiku tetap hanya padamu

Keranamu aku berdiri

Tanpamu cita-cita hanya kekal sebagai mimpi

Semuanya bermula dari sini


Kesimpulan

Semoga dengan kewujudan lirik Lagu Patriotik dapat menyentuh hati semua agar memahami erti Kemerdekaan yang diperjuangkan, tetap bersatu padu menjaga Malaysia tercinta Dan menjadi rakyat serta masyarakat berguna buat negara ini. I love you, Malaysiaku! Hidup Malaysia! 


Notakaki: Tahniah kepada yang menjalankan tugas pergi Mengundi harini 😃


Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .