Urut Bahu 20 Minit  || Perut Dan Badan rasa tak sedap. Berangin! Aku baru makan sikit, dah rasa nak membuang balik. Allahu. Tapi tetap tak nak pergi klinik. Cuba dulu berurut. Bagi yang menegnali aku, memang tahu aku seorang yang tak minat berurut. Macam geli geli gitu bila diurut. Hahaha.. Tapi haritu punya pasal, sanggup jejak sini Dan mintak diurut tapi tu pun urut bahagian bahu aje. Bukan urut satu badan 😄 

Kenapa tak urut satu badan? Selain daripada rasa geli geli orang Pegang badan direct terus ke kulit, ianya adalah disebabkan oleh kekangan masa. Tujuan asal datang cuma nak makan Dan minum petang je..  Kalau ikutkan time tu dah nak Maghrib.. So setakat urut 20 minit pun jadiklah..

Urut bahu

Akida A&Z Reflexology, Kip Mart Mall, Masai.

Aku just amek pakej urut 20 minit berharga RM25. So just duduk kat Kerusi bawah ni, tanpa perlu buka pakaian. Kiranya dorang just urut Dari luar je. Memula aku fikir mesti urut bahu je sampai sudah tapi sebenarnya dorang urut sampai kepala Dan tulang punggung ✅ Then urut bahagian tangan.. Patah patahkaj Jari which is dah lama aku tak buat benda Alah tu sendiri 😆 Yes, Rasa lega lah jugak~  Nama tukang urut tu hampir sama nama aku (Nama: Nuna)

Urutan Refleksologi

Ruangan urut di bahagian depan. I like! Sebab Pink Vibes gitu!

Urut

Ni belah dalam, mak aku amek pakej urut satu badan pada hari yang lain pula. Sedap betullah! Lega kataya! Kuat orang tu urut, sebab kat sini lebih kepada releksologi, bukan urut macam spa gitu... Kiranya sini, passed lah bagi mak aku! Tukang urut Nuna jugak yang urut mak aku.. Hehe.. 

Urutan

Harga tertera

Adakah aku mengada ngada, urut bahu pun kat kedai urut? 😬 Memang takleh tahan dah badan ni berangin, nak orang urut kuat sikit sebab takda sapa kat rumah ni kuat tangan nak mengurut. Huhu.. Syukur done berlalu fasa berangin sebab keesokan harinya aku pergi klinik jugak, MC half day 🥹 Suggested sangat tempat ni okay! ❣️