Terkahwin Adik Beradik Sendiri Tanpa Sengaja! Apa Status Anak Sumbang Mahram?

Terkahwin Adik Beradik Sendiri Tanpa Sengaja! Apa Status Anak Sumbang Mahram?

Terkahwin Adik Beradik Sendiri Tanpa Sengaja! Apa Status Anak Sumbang Mahram?|| Baru baru ni tonton drama 'Lelaki Itu' yang sedang ditayangkan don't i TV 3 setiap jam 10 malam. Salah satu babak cerita yang aku suka dan tertarik ialah babak di mana Batrisyia (Lakonan Hannah Delisha) rupanya telah berkahwin dengan Khai, abangnya sendiri (Lakonan Aedy Ashraf) tanpa mengetahui hubungan mereka yang sebenar adalah adik beradik! Allahu! Time duduk duduk bercerita Banyak tentang arwah ayah semua, barulah sedar semuanya! Tapi itu selepas pernikahan telahpun berlangsung. 

Akibat daripada perhubungan atau perkahwinan rahsia tersebut, anak anaklah yang menjadi mangsa. Sewaktu anak anak dah besar, mereka terkahwin tanpa mengetahui perkara sebenar, rupa rupanya mereka adalah saudara sedarah Dan sedaging atau sedara susuan. Nauzubillah! Sebabtu pentingnya mewar warkan perkahwinan Dan elakkan melakukan penzinaan bebas. Banyak kes rumit yang bakal terjadi di kemudian hari. 

Baby

Gambar Dari FB

Lebih parah apabila si isteri mengandung hasil daripada perkahwinan yang dibina bersama saudara kandungnya Secara tidak sengaja. Apakah status anak tersebut Dan bolehlah dibinkan atau dibintikan dengan nama bapa? Perlukah digugurkan?

Berikut sedikit info tentang status anak yang dikandungkan hasil Dari perkahwinan sedarah Dan sedaging (tanpa Sengaja):

Pernikahan antara saudara susuan disebut sebagai pernikahan yang fasid(rosak). Jika telah dipastikan bahawa suami dan isteri itu merupakan saudara susuan maka mereka perlulah merujuk kepada pihak mahkamah untuk membuat pembubaran perkahwinan (fasakh). Perkara ini ditegaskan oleh para ulama antaranya Imam Khatib al-Syirbini di dalam karyanya:

 (وَلَوْ قَالَ زَوْجَانِ: بَيْنَنَا رَضَاعٌ مُحَرِّمٌ) بِشَرْطِهِ السَّابِقِ (فُرِّقَ بَيْنَهُمَا)

Maksudnya: “Jika suami dan isteri mengatakan bahawa di antara mereka ada hubungan susuan yang mengharamkan (mereka untuk berkahwin) berdasarkan syarat-syarat yang terdahulu maka mereka wajib dipisahkan"

Manakala anak-anak hasil daripada hubungan tersebut boleh dibinkan atau dibintikan (dinasabkan) kepada bapa mereka. 

Info: Mufti WP

Ohh, ilmu baru bagi diriku! Ilmu Dikongsi Bersama.

Dalam drama 'Lelaki Itu', ibu kepada Batrisyia (Lakonan Sarimah Ibrahim), suruh anaknya gugurkan kandungan! Tak boleh simpan Bayi hasil sumbang mahram katanya. Aduhai, ngeri ek!! Baby tu tak bersalah pun! Sampai hati suruh gugurkan baby. Itu menambah dosa pulak.. Huhu.. Walaubagaimanapun, sama dengan konsep 'tak tahu menahu atau tidak sengaja'. Hubungan ibu bapa saja perlu berpisah kerana hubungan saudara kandung antara mereka tetapi status anak, tetap ada ibu Dan bapa!  Jangan digugurkan kandungan Dan Tetaplah menjaga kandungan tersebut dengan Selamat. Ingat, baby itu tidak berdosa! Jangan pula menambah dosa dengan membuang Bayi! Semoga Keluarga kita dihindari daripada kes Dan isu sebegini. Aamin!


Notakaki: Lelaki jangan tahu tabur benih je.. Bertanggungjawab please!


Post a Comment

6 Comments

  1. Terjebak juga untuk layan drama ni sebab jalan cerita doa lain dari lain berkisahkan kekeluargaan yang kahwin sesama darah daging . Kalau tak salah drama ni terbitan erma fstima kan . Jalan cerita tu memang best , sambil menonton sambil dapat ilmu .

    ReplyDelete
  2. Menonton film begini terkadang seram merinding juga kalau bayangkan 😔. Nauzubillah min zalik jangan sampai kita mengalami hal yg sama yaaa.

    Dulu juga guru saya mengatakan hal sama. Wajib cerai kalo tahu begitu. Tapi anak2 yg terlanjur tak apa.

    ReplyDelete
  3. itulah kan sepatutnya rujuk dulu pada ahli agama sblm gugurkan baby tu T___T

    ReplyDelete
  4. Macam pernah terbaca kisah benar adik-beradik terkahwin sesama dieorg. Mak ayah menikah di Siam tak daftarkan perkahwinan, berpisah lepas tu si ayah menghilang tanpa berita. Agaknya sbb tu org Arab sgt menitikberatkan salasilah keluarga siap simpan rekod bertulis dari generasi ke generasi.

    ReplyDelete
  5. ciknur pun terjebak tgk
    Allahuakbar
    bagus drama ni byk pengajaran buat semua

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .