Ebook Ecah karya Syaz Eym || Ebook 'Ecah' mengisahkan seorang Aisyah Hidayah atau nama panggilannya Ecah yang bekerja dengan abangnya sebagai seorang repo (penarik kereta). Perwatakannya dalam cerita ni seorang yang agak kasar dan garang tapi tetap menurut kata. Suatu hari, seorang lelaki telah datang ke tempat kerja mereka untuk bekerja sebagai repo. Namanya Abu. Abu rupa-rupanya rakan rapat Ecah semasa di Kolej Matrikulasi namun hubungan mereka terus terputus disebabkan suatu tragedi yang memalukan dan menyakitkan hati. Sejak itu, mereka tidak bertegur sapa dan salah seorang daripada mereka terus membawa diri.
Tiba- tiba dorang bertemu semula setelah beberapa tahun, perlu bekerjasama, dan naik satu kereta untuk satu perjalanan yang panjang! Bayangkan ketidakselesaannya macam mana? Krik krik.. Haaa.. Panjang kisahnya. Nona tak nak buat spoiler cuma Nona nak bagi sedikit review mengenai Ebook Ecah ni yang Nona rasakan seronok dan tak stress sangat bila membacanya! Hehe..

REVIEW EBOOK ECAH
Di awal penceritaan, Nona tergelak sambil kesian dengan pergaduhan antara Ecah bersama-sama bekas tunangannya yang curang. Mereka dalam situasi penarikan kereta bekas tunangnya akibat culas membayar duit kereta. Cara penulis buat throwback macam mana bekas tunang Ecah boleh sangkut dengan isterinya tu pun dah terasa lucu! Salah Ecah jugak..Nasiblah badan...Haha..
Berbalik pada kisah Abu, hatinya sudah beku. Abu berubah. Bukan lagi lelaki seperti dahulu yang Ecah pernah kenal. Nah, di sinilah bermulanya throwback konflik antara mereka yang menjadikan hubungan mereka dingin dan terputus. Bercampur baur perasaan time membacanya. Sedih, happy, geram, Dan rasa seram pun ada!!!
Selain itu, Nona sangat tertarik dengan kewujudan satu watak 'makhlus halus' yang berteknologi, kelakar dan pintar! Setiap kali dia muncul, Nona berdebar debar tapi apabila perbualan mereka dipenuhi dengan usik mengusik, 'membahan' sesama sendiri, dan makhluk halus tu boleh speaking pelbagai bahasa? Fuh, advanced! Terus hilang rasa seram tu! Baca waktu tengah malam pun boleh tenang lagi. Cuma takleh bayangkan makhlus halus tersebut seorang budak perempuan separa lut sinar. (Gambaran dari penulis). Just imagine wataknya yang cantik dan tidak menyeramkan jela. HAHA..
Siapakah watak 'makhlus halus' tersebut? Adakah ia penting dalam Ebook ni? Yes, bagi Nona memang penting! Barulah cerita ni lebih hidup! Lebih ceria dan kelakar! Namun begitu, emosi Nona agak terganggu jugak waktu Abu dimalukan si Ecah tu. I can feel the pressure, mendalami perasaan seorang Abu sewaktu kejadian tersebut! Arghh! Nak tahu kisahnya, kena baca sendiri ler ya..
Selain daripada ayat usikan dan ayat manis antara Ecah dan Abu, Nona suka dengan ayat perlian yang dilontarkan Abu sewaktu Ecah membantah dan persoalkan cadangan Abu untuk Jamak solat sesiap sebelum meneruskan perjalanan mereka. Ayatnya berbunyi begini: ''Manalah tahu kemalangan ke, kereta rosak ke. Sedar-sedar dah depan Munkar Nakir. Kan jenuh nak menjawab. Kau dahlah pakai baju kecil. seluar jeans sendat,. Baiklah solat siap-siap, kurang sikit kena libas,'' kata Abu kepada Ecah. Ini membuktikan Abu pun ada pegangan agama yang kukuh. Sesuai buat laki. Ehek!
Pengajaran dari Ebook Ecah
1. Jangan kita body atau face shaming seseorang kerana semua adalah ciptaan dari yang Esa. Jika kita mengutuknya, bererti kita mengutuk ciptaan Dia.
2. Lakukan persediaan secukupnya sebelum membuat aktiviti fizikal yang berat seperti aktiviti mendaki gunung dan sebagainya.
3. Jangan memalukan atau mengaibkan sesiapa di hadapan orang ramai.
4. Jadilah seorang lelaki yang bertanggungjawab Dan sering berusaha.
5. Jangan Tinggalkan Solat walau Apa pun berlaku.
Secara keseluruhannya, Nona suka Ebook Ecah ni. Tidak begitu stress membacanya. Cukup rencah dengan ayat ayat jenaka, gurauan, spontan, sedih, marah, sweet Dan lain lain! Sangat recommend bagi yang suka membaca ebook bergenre macam ni ✨
Ok, untuk pembelian, boleh contact kak Ida di nombor +60 18-661 6108 . Nona share sebab Nona suka ❤️
3 Comments
Menarik... kreatif SR ni... dia mmg bijak kalau buat plot twist tp mcm kisah ecah ni mcm xde plot twist
ReplyDeletePas baca part 'kurang sikit kena libas' saya langsung tergelak 🤣🤣🤣🤣🤣. Yaa Allah memang pintar Syaz kalo buat cerita. Saya dah baca bbrp ebook dia. Memang bagus2 lah
ReplyDeleteMenarik makhluk halusnya itu tidak seram.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .