Lauk Nanas Masak Lemak Ikan Masin di Rumah Pengantin || Baru baru ni singgah rumah pengantin, anak jiran Kahwin. Meriah dengan pelbagai lauk pauk. Ada nasi Putih Dan nasi mintak. Nona sudah tentu amek Dua Dua jenis nasi. Lauk pun Campur semua. Kurangkan portion nasi, lebihkan lauk. Agituh! Apa yang Menarik perhatian daku ialah lauk Nanas Masak Lemak Ikan Masin! Jarang jumpa. Bila dah jumpa, haruslah mencubanya! Kambing, daging, Ayam Dan Macam Macam lagi lah! 

Korang Makan tak lauk nanas Masak lemak Ikan Masin ni? Makan bersama nasi panas panas..Lepastu ada ulam ulaman berserta sambal Belacan..Ada ummmpph! Hihi.. 

Nanas Masak Lemak Ikan Masin

Sedapnyaa.. Suka sangat! Kalau tak ramai orang ni, memang Bertambah Makan. Hahaa..Tapi kita fikir jugak orang belakang... Kan~

Majlis Kahwin

Alhamdulillah. Semoga Pengantin pada hari tersebut berbahagia Dunia Akhirat, dilimpahkan rezeki Dan sentiada di bawah lindungan yang Maha Esa. Aamin! Selamat Pengantin Baru to both pengantin! Tahniah!!!