Singgah Bamboo Cafe kat Simpang Lima, Parit Sulong, Batu Pahat

Singgah Bamboo Cafe kat Simpang Lima, Parit Sulong, Batu Pahat

Singgah Bamboo Cafe kat Simpang Lima, Parit Sulong, Batu Pahat|| Kampung nenekku semakin maju Dan membangun! Hehe.. Lepas Dua minggu berhari raya, aku balik semula ke kampung nenek kat Batu Pahat, Johor. Mana taknya, cuti raya sampai raya Kedua je haritu. So kita ambil cuti lain Dan enjoy! Tambah cuti tiga hari, Dua malam! Puas sikit!

Apa yang Menarik perhatian aku kalini, dah ada Cafe baru berhampiran kampung nenek. Lebih kurang tak sampai Lima minit boleh sampai. Kalau dulu kena ke bandar BP tuk jumpa Kafe yang camni. Nampak Macam Kafe aesthetic gitu. Menu western Dan kopi. Makanan bergoreng ada tapi tak Banyak sangat. Sekarang dah Senang sebab dekat je. Tak perlu pergi jejauh. Alhamdulillah, balik beraya malamtu Sebenarnya dah kenyang tapi sebab nak tengok tempat ni, order jugak lah. Bukan setakat order air, order burger Dan kentang sekali! Kah! 

Simpang Lima, Parit Sulong

Tenang. Deko pun cantik. Bamboo. Tapi Tidaklah penuh sangat dengan pokok buluh.. Haha.. Kerusi ye, kerusi kayu. Kafe ni dalam kawasan perumahan tapi rumah kampung kan luas tanahnya. Jadi, Kafe ni bebetul kat depan rumah, maybe tapak parkir. And tetap ada tempat letak kereta kat kawasan sebelahnya.. Entah rumah siapa ye. Luas jugak nampaknya.. Bagi aku, selesa lah nak datang Dan lepak sini memalam. Hehe.. 

Western food

Sedap!! Lembut burgernya tapi aku tak habis Makan, bawak balik rumah nenek. Plan bagi Maklong sebab Maklong suka jugak menu western ni.. And aku actually Just nak vibes nye jer.

Burger

Kalau belum dinner lagi time tu, memang habis licin ni rasanya..

Bamboo Cafe, Parit Sulong

Just nice. So, sekiranya you all ke Kampung Mampan, Simpang Lima, Parit Sulong kat Baru Pahat nun, bolehlah singgah sini Dan rasa vibes Bamboo Cafe ni ❤️ Next time balik kampung, nak try lagi lah dengan menu lain. Hikhik!


Post a Comment

6 Comments

  1. Lawa jugak view dia waktu malam ye. Teringin nak ke Batu Pahat tapi tulah, takde rezeki lagi untuk sampai ke sana.

    ReplyDelete
  2. Wah.. Boleh masuk list nie.. Kalau g rumah adik dekt BP, boleh singgah nie

    ReplyDelete
  3. I'm a dedicated academic writer and content creator who understands the pressure students face, especially when juggling deadlines and personal commitments. Whether you're planning ahead or rushing to complete a last minute assignment, I’m here to help you deliver quality work on time. With a passion for clear communication and well-researched content, I aim to support students in achieving academic success without the added stress.

    ReplyDelete
  4. Cantiik memang Deco dia. Sesuai lah untuk duduk2 santai sambil mengopi dan snacking ya kak 😄👍

    ReplyDelete
  5. selalu dgr nama Parit Sulung! hehehe

    ReplyDelete
  6. Bilalah akak boleh lalu sini? Hehe. Have a nice chilled out, Nona.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .