'Aesthetic Picnic' Aktiviti Hujung Minggu di Arked Punggai, Johor || Lama sungguh tak jejak laut atau Pantai. Rindu pulak rasanya. Jadi, pada hari Ahad lalu, aku, adikku Dan sepupu singgah ke Arked Punggai, Johor. Ini Kiranya Kali Ketiga aku sampai ke Arked Punggai. Pertama Kali dulu BBQ dengan member tempat kerja, then Tahun lain tu pergi berkelah saja saja dengan member, and now try mandi dalam lautnya 😄
Seronok rasa dapat dengar deruan ombak, tengok pepokok pantai, letak kaki atas pasir dan tengok LIVE view biru laut serta awan! Apa yang lebih Menarik kat sini ada buaian special disediakan buat sesiapa yang ingin OOTD. Kalau sekadar duduk main saja saja, sakit gak punggung! Haha..
Subhanallah! Hello vitamin sea! I need you!
Syukur cuaca elok pada haritu. Tak gerimis mahupun hujan. Panas lit lit tapi nice.
Cuma ada satu benda yang sakit mataku tu apabila terlihat banyak sampah sarap kat atas pasir Dan dalam air laut tu.. Kena hati hati sikit tengok kalau kalau ada kayu berpaku pun diseret sama sampai tepi pantai. Fuh!
Kitaorang plan picnic sambil OOTD and then mandi Manda kat laut! Adik aku siap bawak air sabun untuk buat main buih dan main pasir tepi pantai. Layankan je cuma agak mengejar masa sebab kami ada hal lain petang tu. Nak jugak selam dulu laut, ek!
Aesthetic Picnic
Kenapa? Sebab dihias dengan bunga hiasan and that topi with the spek mata 😄 Tu semua adik aku punya barang. Meriah menu picnic kitaorang dengan adanya buah buahan, Wanpaku, Sandwhich, Ayam Pedas, Ayam Pop Corn Pedas, Nasi Lemak, Kuih and Kek Batik. Makan untuk tiga orang.. Hihi.. Konsep aku, lebih takpa, kurang jangan! Wakaka..
Bukan birthday sesiapa bulan Jun ni cuma saja celebrate terus birthday untuk semua...Just letak penanda HB tu je.. Dorang surprise sikit sebab memasing tak tahu I order kek batik melting ni.. Rahsia nak beli dessert apo 😂
Pinggan kemain cute la ekk. Yes, my sister punya. So gen Z. Kahhh!
Sesekali berangan kat buaian.. Berangan kawen ngan anak raja, Takpe kan?!
Settle OOTD dengan baju bertemakan putih, kami lelaju salin baju dan mandi laut! Time to swim, jump jump and baling baling bola dalam laut!
See. Muka ceria memasing! First time kami mandi laut bersama-sama Iffah, our cousin. Agak lama gak tak berendam kat laut ek! Best bila part ada ombak and sometimes ada rasa air sejuk sejuk gitu lalu bersama ombak.. Aaaaaa!
Briskwalk on that day. I am healing with my own way. See and feel the nature which is create by Allah. How about you?
Notakaki: Rasa nak pergi lagi ek tapi sendiri drive memang agak malas! BAHAHHA
2 Comments
Bestnya berkelah tepi pantai.
ReplyDeletesaya suka jugak lepak2 santai tepi pantai sambil mkn2 ;) tapi sejak dh kawin dan ada anak, saya tak suka mandi pantai sbb airmasin kat melekit2 lps mandi tu, kena bilas beria mandi air paip plak
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .