Singgah Pasar Malam Sekolah

Singgah Pasar Malam Sekolah

Singgah Pasar Malam Sekolah || Rindu nak masuk sekolah penyebab aku singgah Pasar Malam Sekolah haritu. Tapi ini bukanlah sekolah lama aku. Just dekat ngan tempat kerja maka aku sempatkan diri lah ke sini. Kelaparan kan balik kerja. Cariklah sesuatu untuk perut.

Apa yang aku nampak, penjual makanan dan barangan bukan dalam kalangan pelajar sekolah. Banyak peniaga Dari luar. Ingatkan simple je event nya Dan tak ramai. Tapi sangkaanku meleset sama sekali. Meriah ye! Pelbagai makanan dan minuman serta barang barang permainan. Tidak ketinggalan ada jugak wayang pacak! Zaman aku dulu paling paling pun hari Kantin jer tapi Wayang pacak ada la kat sekolah aku dulu.. Hehe..  Cuma zaman sekarang yang lebih maju ni aku rasa budak budak memang advance weh! Terdengar dorang sebut pasal Chatgpt bagai. 

Pasar Malam Sekolah

Sekolah

Jeli Viral

So cute! 

Pasar Malam

Harga standard. Murah, yang sedang sedang saja dan sesuai bajet lebih lebih lagi for kids! 

Sekolah

Selain daripada makanan, terdapat jugak barang mainan seperti kad, toys Dan lain lain. Aku ada beli satu mainan lucu and Bunga! Ye, ada booth penjual Bunga jugak tau.

Bunga

Bunga yang cantik warnanya. Suka tengok! Kalau dah takda orang bagi, aku jela beli for myself. Kikiki..

Teachers
Semoga cikgu cikgu yang pernah mengajar Nona dikurniakan kebahagiaan Dunia Dan Akhirat. Aamin!

Selain daripada nak merasa suasana Pasar Malam dalam sekolah, aku saja nak tengok bagaimana perwatakan dan pergaulan murid murid sekolah zaman now.. 

Aku takleh bla time aku duduk depan sepasang budak lelaki dan perempuan. Maybe couple lah kalau tengok pada gaya malu malu meow tu~ And then ada sekelompok pelajar perempuan duduk berhadapan meja kami. Umur dalam lingkungan lapan atau sembilan tahun kot. Tak sure.. Tetiba salah seorang daripada dorang tanpa segan silu tanya pada couple tu:

"Abang ngan akak ni bercinta ea.. Ker adik beradik? Nak saya ambilkan gambar??"

Diiringi gelaktawa kawan kawannya. Lorh.. Aku blurr di situ!! Beraninya budak ni. Terlalu mesra ek! Aku pun tak pernah lagi seberani itu. Huhu.. Pasal yang couple tu, aku pun tak berani nak tegur suruh Belajar pepandai baru bercintah. Kahh! 

Ada jugak yang cikgunya suruh pergi tengok wayang pacak tapi dorang cakap tak cukup duit~ Aduh, sedih lak part tu..

 Hm.. Macam Macam ragam.. Zaman sekolah aku dah lama berlalu~ Ada yang best, ada yang tak best! Apa pun, ianya adalah secebis kenangan yang Banyak mengajar diri seorang Nona. Rindu pulak ekk! Mostly ramai dah berkahwin, tapi ada jugak yang dah meninggal dunia, bercerai dan lain lain. Masing masing berjuang!

Aku harap walau seberani apa pun murid murid zaman sekarang, janganlah ada yang sanggup dan suka membuli. Buli itu tidak cool dik! Aku pernah ada pengalaman join duduk dalam bilik, sambil tengok orang lain membuli. ( Secara lisan dan tohmahan) Tapi tidaklah sampai mati, atau guna kekerasan...Errr... Still mengganggu emosi mangsa tersebut. Kan?? 

Reminder: Aktiviti buli perlu dihentikan Dan diambil berat!! Tak nak la jadi Macam kes buli baru baru ni. Aaaa... Sedihnya haih! Moga cepat dapat tangkap si pelaku!

Jaga anak anak agar TIDAK MEMBULI atau DIBULI! Padah menanti...  Semoga anak anak murid terus fokus dan berjaya dalam pembelajaran mereka. Aamin ya Rabb! 


Notakaki: Dulu Nona pernah jadi pengawas perpustakaan 😄

Post a Comment

3 Comments

  1. Buli skrg agak rare zaman ibu dulu paling tidak diorg suruh pegi toilet kena maki berkumpulan tanpa ada sentuhan fizik. Ataupun dipulau org maka duduklah sendirian x ada berteman. Zaman skrg ditambah dgn gadget dan teknologi canggih mcm² aib dibuka melaluinya. Hurmmmm mcm mana budak² dulu mampu bertahan ye? Dan sebenarnya yg membuli ni kalau dia sendirian dia x kuat jgk dia sama penakutnya hanya berani bila ada sokongan saja.

    ReplyDelete
  2. Ini rare ni... blom pernah lg ada kat sini buat pasar malam di sekolah, mmg nampak kemeriahannya

    betul, something fishy la kes kematian arwah zara tu, mungkin related dgn politik kot... mmg senyap habis, KPM pun senyap

    ReplyDelete
  3. Meriahnya macam2 ada jual tu. Rindu zaman sekolah dulu2. Kes buli ni ibu bapa kena main peranan juga kerap bertanya kat anak2. Risau nak hantar anak masuk asrama. Buli hingga menyebabkan kematian memang sangat2 berani budak2 zaman sekarang. Jadi penjenayah dari kecik.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .