Throwback Makan kat Santuy Thai BBQ Steamboat, Seri Alam, Johor

Throwback Makan kat Santuy Thai BBQ Steamboat, Seri Alam, Johor

Throwback Makan kat Santuy Thai BBQ Steamboat, Seri Alam, Johor || Ini kisah throwback Awal bulan Julai tahun lepas. Lama betul ek peram cerita. Lambat mood ni datang. Kahh! Lokasi di Seri Alam, Masai, Johor. Kerap nampak iklannya keluar kat FB Feed tapi outlet lain. Tetiba member suggest Dan ngajak ke sini. Wow! Aku pulak memula tak tahu langsung ada outlet berdekatan ngan rumah aku. Kufikirkan area bandar JB nun (Jauh sikit). Maka aku pun bersetuju nak try sebab nampak dalam iklan, ruangan restoran tu dihias berkonsepkan angkasa lepas dan ada vibes ala ala kat tapak camping!! 

Kedainya di ruangan atas kedai lain. Tak ramai orang pun waktu sampai tu. Maybe sebab esoknya Masih hari bekerja. Excited tau aku jejak kaki ke sini 😍 Siap kerusi healing disediakan. Lepastu berpasir lantai sana. Terpampang view planet, bulan dan angkasawan. Wow! Wow! I like the vibes and decoration tu! Cuma yela, pencahayaannya tak seterang atau secerah kalau makan kat kedai yang takda konsep camni. Hehe.. But still nampak laluan dan makanan. No worries! 

Santuy Thai BBQ Steamboat

Kami pilih background planet view yang ni. Cantik!! Suka warna dan gambar background. Nampak benda tersembunyi tak? Ada allien menunggu di kerusi nak join makan! 😁

Terdapat banyak pilihan seperti sosej, bebola, crabstick, maggi, sayaur sayuran, daging pelbagai jenis, kambing, ayam dan itik pun ada!! Banyak lah yang ada! Confirm happy tummy!

BBQ Steamboat

BBQ Time! 

Berbarbeque dengan tenang Dan santai yang kita mahukan! Daging yang telah diperap dengan bahan bahan perapan yang sedap! Ini memuaskan tekak!

Santuy Thai BBQ Steamboat

Semua dalam fridge camtu. Jelas Dan memudahkan semua. Menu Special Lemon Jelly tu pun sedap! Lepas dah bakar bakar, kita minum masam masam lak! 

Steamboat Johor Bahru

Luas dan selesa betul  Cuma yang aku kurang minat sikit, kena jalan kat atas pasir semasa bangun ambil makanan. Err.. agak terbatas kelajuan pergerakanku. Haha.. Rasanya jalan atas simen lagi pantas! Kah! 

Camping

Kemain makan dalam mangkuk Macam gi camping tu ❤️  Lain Dari lain yer..

Santuy Thai BBQ Steamboat Seri Alam

Duduk rehat dulu ye encik Alien sambik nengok kami makan! Hehe..

Makan Steamboat

Busy ui! Kena Nikmati masa Makan yang indah ni. Harga boleh tahan. So kena ler Makan semua kalau boleh 😄 Berulang Kali bangun amek bahan bahan.. Makan Sambil berborak pasal kehidupan masing masing. Masa ni member sedang menunggu result untuk  pekerjaan baru yang dia inginkan tu. Alhamdulillah dia Bahagia dengan kerjanya sekarang. Hoho... 

Allien

Siap Makan baru peluk Jap alien ni 😂

Tengok 'awan' di atas tu. Fuh, Terbaik dekorasi kat sini. Sampaikan ke ceiling pun diletaknya dekorasi camtu. Setanding harga dengan dekorasi Dan rasa makanannya 

Steamboat

Ini SAMPLE je. Takleh duduk tau..  Bebetul background permukaan kawah bulan. Bolehlah OOTD sini. Kan.. 

Seri Alam

Haaa, jangan membazir. Kami pun Makan licin tanpa pembaziran so takdalah kena hukuman gitu. Kikiki... Alhamdulillah!

Overall, aku suka Makan kat sini.. Sesekali kena jugak Makan kat tempat tempat Gini bila ada bajet lebih. Merasa lah orang cakap.. Nak bergambar pun Senang sebab background cantik gituh. Tahun ni belum singgah lagi. Saja try kedai Steamboat yang lain di tempat berdekatan situ gak. Next time maybe boleh try again. Kita tengok apa lagi offer atau benda baru yang ada kat Santuy Thai BBQ Steamboat, Seri Alam, Johor. 


Notahati: Harini sakit hati tengok orang terdekat kena scam 🥲

Post a Comment

3 Comments

  1. Huih setahun dah peram. Hihi. Bestnya bbq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..Dah tulis..tapi stop..Pastu geram dok dlm draft lama nau...Plan kena published gak laaa.hahaha

      Delete
  2. tak apa, janji update buat kenangan 😀 cantik kedainya...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .