Dinner di Noesantara Batam|| Setelah seharian berjalan, tiba masa untuk makan malam. Perut berkeroncong minta diisi. Jadi kami ke Kedai makan yang berada di Kota Batam. Ye, kami dinner di Noesantara Batam. Tak tahu pasal tempat ni. Just bagitau Pak Supir nak makan tempat beraircond tapi tak nak dalam mall sebab kitaorang pun baru habis shopping dalam mall 😄
Then ke sinilah Pak Supir bawa kitaorang. Alhamdulillah Masih dibuka. Sebab nampak Banyak Kedai makan dah tutup tapi kalau macam warung atau tapak penjaja tu ada yang Masih buka. Terima kasih Pak Supir sebab suggest tempat ni! Siapa siapa yang cari tempat Makan malam atau dinner kat Batam, Sila lah ke sini! You will like it! Ehee..Jom tengok aku order apa??
Rambang mata tengok menu. Pening ek nak makan apa. Nampak ni macam lain daripada lain je gambarnya. Hahaa.. Jomlah try! Namanya Grill Rice Shredded Chicken. (Spicy) .
Rp 58,000 harganya.
Grill Rice Shredded Chicken with Crispy Deep Fried Banana. Pisang goreng tu price nya Rp26,000 untuk 3 pcs. Rangup weh! Sedapnya! Saya bagi 100 Bintang untuknya ✨✨ Kat sini, takda sambal kicap ye. Dah jadi macam kak Carneyz pulak.. Hunting pisang goreng Datang Indonesia. Hehe..
Ops.. takda sambal kicap dimakan bersamanya. Tapi makan gituh aje dah enak banget!!! Nyummeh! Rangup yang Masih ada lembutnyaa. Kena repeat ar gini 😍
Pisang goreng pun share sebab tak terlarat nak makan semua. Dorang yang lain pun puji keenakan pisang goreng tu tau...
Ayo makan! Wow! Banyak jugak kuantiti untuk makan malam. Kalau siang, maybe laju makan ni. Haha.. Pedas jugak ye. Berangin lidah Dan perutku tapi takpa sebab pedas yang sedap... I puas hati! Aku Memang Rasa nak makan pedas pedas bila dah kepenatan memalam hari.
Lepastu, Ada pisang goreng Dan air Sejuk menyelamatkan keadaan. Haha..
Es Juang namanya. Ini sebenarnya ais Red Velvet. Tak tahu kenapa namanya Juang ye. Rp 35K harganya.
Sate yang disorder anak memberku. Lupa namanya tapi sedap betul! Saiz besar! Aaaa..Lumayan! Bertambah kekenyangan aku sebab dia duduk sebelah aku je... Pantas ngap! Hahahaa..
Ini mak kawan aku yang duduk sebelahku. Order ni je sebab mata dah mengantuk, badan pun dah lepak seharian berjalan..Kan... So pesan ni je. Takpa order apa pun janji selera makan Masih Ada. Tertarik pulak nengok cawan Dan piring tu ek. Aku pun tak Pernah ada lagi pinggan mangkuk bentuk seperti itu.
Ehhh.. Aku pulak yang Rasa nak cicah biskut ke dalam air sekarang ni 😄
Tempatnya selesa, bersih, dekorasi simple tapi nice Dan beraircond ✅ Suggested! Aku tak nampak restoran ni viral so ni baru lah tahu Dan Kenal tempatnya. Of course nak repeat!!! 🩷
Rupanya time kami Datang tu, restoran Noesantara ni dah nak habis waktu operasi (sedang kemas kemas) tapi sebab nampak kami tourist Dari Malaysia agaknya...plus muka kepenatan....Mereka sambut baik kami. Alhamdulillah... Pekerjanya tetap ramah Dan sempat bercanda gituh.. Patutlah dah takda orang tengah makan atau Minum dalamni.
Maaflah, kami ikut je Pak Supir carikan tempat makan.. Huhu... Tak tahu nak makan mana yang sedap memalam hari lepas jam 9.30 malam 😅
Amek gambar luar Kedai lelaju sebelum masuk sebab masih sibuk kawasan lalu lalang kenderaan. Bukan Kedai dalam mall. Dari tepi jalan boleh nampak jelas. Alhamdulillah. Kenyang malamtu! Diulang. Suggested ye tempat ni 🤤Menu lain pun not bad jugak dorang bagi feedback. Mantap!
Pssst: Boleh buat pembayaran asing mengikut order dalam resit setiap orang. Don't worry kalau Datang berkumpulan, boleh je mintak bayar lain lain. Hehe..
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .