Naik Karpet Terbang kat Dino's Gate Batam|| Halu. Kembali ke entri trip ke Batam. Hehe.. Kami Pergi sini, Dino's Gate Batam. Salah satu tempat yang ada Pelbagai aktiviti kat dalamni. Tempat nak OOTD pun Banyak. Menarik jugak ye.
Selepas breakfast kat 'Morning Bakery', kami terus ke sini. Ramai orang tapi tak lama pun beratur sebab ada beberapa kaunter. Kat kaunter, boleh tengok pakej yang ditawarkan. So kami ambil pakej full di mana kita boleh main semua permainan yang ada. Tiket paling mahal lah ni..Huhu.. Lepastu amek losyen anti nyamuk kat kaunter. Its FREE je. Tapi kan...at the end aku tak pakai sebab tak nampak kelibat nyamuk dalamtu.. Simpan bawal Balik JB 😄
Love untuk kamu!
Perkara Menarik Di Dino's Gate Batam
- Tengok Burung Hantu yang Garang tapi Cute
- Dinasour Park
- Rainbow Slide
- Karpet Terbang
- Sky Swing
- Dino Riding
- Memanah
1. Tengok Burung Hantu

Jarang amat tengok Burung Hantu secara open camni di siang hari. Hehe..Garang uols. I takut tengok. Dorang keluarkan bunyi macam tak senang je kitaorang visit dia siang siang ni. Haha..
Ya, Boleh kalau nak bergambar tapi aku sejenis tak reti dengan haiwan haiwan... Jadi Memang kekok lah nak bergambar dengan burung hantu ni. Ehek..
2. Dinosaur Park
Wahana Replika Dinosaur Nampak lah kadang kadang pergerakan kat bahagian ekornya, kepala Dan kuku. Redup... Seronok tengok pepokok sepanjang laluan sekitar sini.

Wajib OOTD tau. Bukti hadir!
Gorilla yang suka mengejutkan orang. Hahaha.. Sampai terjeritlah kak Sal ngn kak Intan tuh 😄
3. Rainbow Slide

Syok! Walaupun landai, tetaplah menjerit ye! Haha.. Beratur panjang jugak nak Naik atas nih. Puas hati main ni plus siap ada pekerjanya boleh tolong ambilkan gambar Dan video kita main slide! Wow! Memula ingatkan seram tapi ternyata Tidak ye. Rasa nak main lagi ah!! Hahaa..Cantik rainbow Slide ni..
Kalau nak Naik Rainbow Slide ni, kita Kena pilih harga full package sebab pakej lain tak termasuk slide ni. Hoho.. Next, yang kunantikan!
4. Karpet Terbang
Flying Carpet
Ok Jom Terbang! 😄 Ada limit berat tu buat aku risau ek. Sebab tak ingat. Bila last timbang berat badan sendiri 🤣

Mini Love.
Ini muka acah je. Dalam hati gundah gulana. Mengucap bebanyak time benda alah ni bergerak ke tengah. Lagi aku nampak takut takut, makin suka penjaga Mesin yang jaga Flying Carpet ni usik aku. Dia gerakkan lagi selangkah Dua karpet tuhh 😭
Panas yakmat ye cuaca waktu ni. Nak terbakar kulit.. Kat sini, Lama betul tunggu turn nak Naik karpet Terbang. Rasa semakin berdebar hati ni bila makin lama tunggu turn Dan tengok orang lain main ni. Haha.. Posing Banyak sikit sebab tak jumpa ni kat JB tau 🤣 Terpaksa minta tolong anak member ambilkan gambar saya.
Rasa macam Naik pallet besi yang dibawa forklift wehh 🤣 Bergegar sikit. Seram jugak tapi mujurlah ada tali safety harness tuu ✅
PELBAGAI REAKSI! HAHAHA...
Muka takut, gelisah, buat buat happy Dan acah acah berani. Huh! Tips kalau takut: Tutup mata dulu masa memula duduk tu sampai la ke tengah tu, bukak mata Dan terus fokus pada kamera yang sedang snap aksi kita. Hehe. Teruskan beraksi tapi jangan Banyak sangat pergerakan 😂 Aku tengok anak member..Siap pose gerakkan kaki ...Fuh..Aku? Of course lah statik je cuma tangan Dan kepala bergerak posing.. Kakiku terkaku bersila 😄
Alhamdulillah..Merasa jugak main Flying Carpet kat Batam, Indonesia. Simpan kenangan ni elok elok ye.
Harga Tiket
Kami pilih full package berharga Rupiah 100,000.
Ada permainan untuk kids dalam pakej ni seperti riding horse tapi disebabkan takda bawak any kids, so skip game tu
Waktu Operasi
Jam 0900 sehingga 6.00 WIB
Kami tak sempat main sky swing sebab ramai sedang Beratur plus kami dah berejam duduk dalamni. Nak kejar masa ke tempat lain supaya tak lari plan. So skip itu. Next time boleh try lagi. Hehe..inshaAllah. Tempat untuk OOTD pun Banyak cuma tak terexplore semua sebab laju menuju ke tempat permainan yang kitaorang nak. Kesian bagi yang menunggu Dan tak main pape 🥹 Just tengok or tolong amekkan gambar aje. Huhu... Best jugak naik Flying Carpet sini cuma view tak berapa Menarik la time datang ni. Kita tunggu Dua tiga tahun lagi!





0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .