Rezeki Menang Peraduan Teka dan Menang

Rezeki Menang Peraduan Teka dan Menang

Join Peraduan Teka dan Menang || Baru-baru ni..aku join peraduan teka dan menang anjuran Hwa Tai di Todays Market, Seri Alam. Saja suka suka...support kunun..

Kena teka berapa harga jumlah barang dalam bakul dua bakul yang disediakan.. Bakul A dan B. Tak snap gambar sebab nak kejar masa. Pembayaran RM2 untuk sehelai borang jawapan. 

Aku dan mak sama sama mencuba. Bakul B isinya agak sedikit berbanding bakul A. Jadi mak aku cuba teka apa ada dalam bakul B. Aku pulak saja nak teka untuk kedua dua bakul A dan B.

Kebiasaannya, aku tak percaya peraduan macamni...sebab boleh jadi ada antara ahli family atau kawan dalam team penganjur yang turut serta dan mereka sudah tentu tahu jawapannya. Tapi kali ni aku percaya Hwa Tai. Buktinya... rezeki berpihak kepada kami!

Keesokan hari, pihak Hwa Tai call bagitahu jawapan aku ngam. Sama ada tepat atau hampir tepat. Aku tak tanya banyak..dan tengahari tu jugak emak tolong amekkan hadiah sebab aku kerjaa....Haha...lajuuu!

So inilah isi isi dari bakul tuu...


Ada jajan, Kordial Sunquick, Gula Prai, 100plus, roti, kaya, jelly, lychee dalam tin..

Alhamdulillah!
Excited!

Barulah semangat nak join lagi di masa akan datang..kalau memang adil serta saksama.... 

Thanks Hwa Tai, Todays Market.
Love 3000!!!!

Post a Comment

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .