Makan Panipuri di Malam Raya

Makan Panipuri di Malam Raya || Kisah throwback di malam hari raya terkejutttz haritu..  Orang nak raya Aidilfitri tapi aku beli makan makanan Indian. Hahahaa...Adik aku cakap pernah viral kat Tik Tok...Aku nampak cam menarik jugak untuk dicuba, taklah nampak aneh sangat pun..   

So teruslah beli kat bazar Ramadan area Peserai, Batu Pahat. Niat nak makan time berbuka puasa tapi kalau kat kampung tuh, macam macam menu ada untuk dimakan, rasa sangat kenyang ye.. So...ni jadi moreh.. Lepas dah siap anyam ketupat dan main mercun, terkejut! 😂Barulah ngap! Makan dengan sepupu and sistur..

Panipuri

Kalau daun supnya bahagian atas, lagi cantik.. Tapi aku hantam keromo je isi kat dalamtu.. Satu kuah kacang dhal dan satu lagi kuah sup yang diberikan. Kita kena tebuk sendiri untuk letak segala kuah dan lauk...gituh... 

Okaylah... apa rasanya??

Hehe..  Sedapppp! Macam makan keropok dicicah dengan dedua tu...Sedapnya..Cuma bila terlebih letak kuahnya, bocor kat bahagian bawah tu..Haha 😆

Panipuri

Ada jual yang dah siap bentuk bulat pani tu..kat Shopee... Apa pun, tak nyesal beli. Puas hati kita awak! Rasa nak try kat Pasir Gudang punya pulak.. 

Panipuri

Ni kedudukan masa kat bazar haritu. Kalau nak tanya apa apa, bolehlah try contact nombor tu. Area Peserai, Parit Sulong, Batu Pahat.. bolehlah tanya ye..

Korang pernah try Panipuri nih? So shedap kan! 
Hehe..Okaylah, apa pun selamat bercuti guys dan Happy Wesak Day kepada sesiapa yang menyambutnya.


Notakaki: Doakan urusan Nona dipermudahkan harini..


Post a Comment

4 Comments

  1. uyooo macam menarik, orang kata best. tapi tak try lagi

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Sama ler... haritu g bazar baru tahu ada panipuri ni ekk. hahaa

      Delete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐