Salam Aidilfitri 2022

Salam Aidilfitri 2022 ||  Aidilfitri Terkejotz! Ramadan telah pergi... Kejapnya terasa. Salam Aidilfitri buat semua warga Islam yang menyambut hari yang mulia ni. Haha..Berdebar tunggu Isnin atau Selasa yang boleh beraya. Tapi memang ada member dah pesan, standby awal kalau kalau sejarah masa 80-an berulang kembali.. Adoi, kelako behtul! Kalut memasing ekk! 

Bab kuih raya, baju raya, dan duit raya memang aku dah settle sebelum balik kampung.. Selamat kitaorang balik kampung awal sikit. Selalunya besok tarikh raya baru balik kampung nenek tapi tahun ni dapat cuti awal, haruslah pulang awal. Hehe... Pulak tu dengar khabar anak bulan nak keluar atau masih tersorok sorok lagi 😂

Raya 2022

Merah tahun ni! Sapa geng merah? Sep sikit!

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua yang mengenali diri ini, readers dan stalkers saya... Andai ada terasa hati dek kerana kata kata dan perbuatan Nona....

Moga kita semua diberkati, dilindungi Allah, dan dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang bulan Syawal ini..Harap harap berjumpa lagi Syawal next year. Amin ya Rabb! 

Raya pertama korang macam mana? Mesti meriah kan, ganti raya dua tahun tak beraya! Hehe... Apa pun, take care dan stay safe ya! 

Oh ya, untuk orang area JB atau Pasir Gudang, diingatkan kalau nak photoshoot raya, bolehlah singgah entri The Empire Studio. Masih OPEN ❤️

Sekali lagi,
SALAM AIDILFITRI 2022 ya.






Post a Comment

6 Comments

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐