Berapa Lama Manusia Boleh Bertahan Hidup Setelah Kehilangan Oksigen?

Berapa Lama Manusia Boleh Bertahan Hidup Setelah Kehilangan Oksigen?  ||  Hai, syukur masih bernyawa harini. Dah dua hari aku menghadiri kursus atau training berkaitan Basic Occupational First Aid, CPR and AED bersama ASEC. 

Selesai jugak akhirnya. Kitaorang yang join akan dapat kad bergelar first aider sekiranya hadir dan lulus test yang diberikan. 

Terdapat test secara praktikal dan teori. Tak sabar nak tahu berapa markah yang dapat. Cuma ada dengar, memang kami semua lulus exam! Haha.. Tapi yang lebih penting, guna ilmu yang diterima tu sebaiknya. Bukan memandai mandai semata. 

Macam macam hal tentang penyakit dan kes kecemasan yang mereka kongsi. 

Dalam perkongsian tersebut, aku tertarik betul dengan banyak benda baru yang belum pernah aku ambil tahu. Salah satunya seperti dalam topik entri harini. Hehe.. 

First Aider

 Love buku yang diberikan, padat dengan ilmu basic, dwibahasa dan trainer pun menyampaikan info dengan jelas. Nampak mereka penuh persediaan dan ilmu semasa datang. Tepatlah kedatangan mereka sebagai trainer. 

Hidup

Berapa lama seseorang boleh kekal hidup apabila kehilangan oksigen? Korang pernah try picit dan tutup hidung rerapat? Tengok berapa lama boleh bertahan? Haha..Aku tak sampai seminit lebih dah bukak balik hidung.. Ok, jawapannya ada dalam buku tu seperti dalam gambar di atas. 

Manusia boleh bertahan hidup dalam anggaran empat minit sahaja.. Jika lebih empat sehingga sepuluh minit, kematian otak bermula, otak berhenti berfungsi dan tidak dapat dipulihkan. Namun begitu, dalam masa empat minit yang ada, kematian klinikal sedang berlaku, pengaliran darah menjadi semakin lemah, pernafasan terhenti tapi masih sempat diselamatkan. 

Dengan cara apa boleh selamat? CPR. Pernah dengar kan? Apa tu CPR? Cium mulut je ke.. Lol! πŸ˜‚ Senang faham gituh ek.. 

Cardiopulmonary resuscitation is an emergency procedure consisting of chest compressions often combined with artificial ventilation in an effort to manually preserve intact brain function until further measures are taken to restore spontaneous blood circulation and breathing in a person who is in cardiac arrest

Sumber: Google

Dalam CPR, ada beberapa perkara perlu kita ambil tahu iaitu 'DRCAB'. 

D - Danger / Bahaya
R - Response / Tindak Balas
C - Chest Compression / Tekanan Dada
A - Airway / Saluran pernafasan
B - Breathing/ Pernafasan. 

Jom Nona share sikit huraianya ye:

D (Danger/Bahaya) ertinya tengok apa apa bahaya yang ada di sekeliling sebelum memberi bantuan. Adakah mangsa yang kita nak selamatkan ni berada di tempat yang selamat atau tidak? Contohnya, api sedang marak, perlukah kita cuba cuba jadi hero dan masuk sebab nak bagi CPR kepada orang yang berada sedang lemas dalam kebakaran tu? Jawapannya, keselamatan kita dulu, barulah mangsa.. Bukan apa, takut kita pulak jadi mangsa kedua. Kan πŸ₯ΊπŸ”₯

R (Response/Tindak Balas) bermakna kita sebagai first aider aka penyelamat haruslah bertanya mangsa adakah dia dalam keadaan baik baik saja atau tak. Mintak tindak balas mangsa sebelum melakukan tindakan seterusnya. Jika tiada tindak balas, jerit 'Tolong' dan mintak seseorang untuk contact 999, dapatkan AED dan lapor semu

C (Chest compression/tekanan dada) - Inilah tekanan dada yang perlu kita buat segera. Perlu berikan 30 kali tekanan dada jika pernafasan tiada atau tidak normal. Berapa dalam nak tekan? Sekurang kurangnya dalam 2 inci, dan tidak melebihi 2.4 inci.. 


A (Airway/ Saluran Pernafasan) bermaksud, kita buka saluran pernafasan menggunakan cara mendongak kepala dan angkat dagu...

B (Breathing/Pernafasan) pula bererti membantu dua bantuan pernafasan. Picit hidung, buat lekapan mulut ke mulut dan hembuskan dua bantuan pernafasan tersebut. Pastikan dada naik. 

First aid

Latihan kecemasan

Pelbagai aktiviti yang melibatkam semua. Nasihat dan ilmu dicurahkan amat berguna. 


Okaylah,  sekian saja perkongsian pada harini tentang berapa lama manusia boleh bertahan hidup setelah kehilangan oksigen? Perkongsian berilimiah gitu. Semoga kami sebagai first aider dapat melaksanakan tugas dengan baik one day bila betul betul berlaku sesuatu kecemasan. Bukan mengharapkan orang lain datang dan menunggu tanpa berbuat apa apa. Amin!




Post a Comment

7 Comments

  1. Dah lama tak ke kelas basic first aid ni, tapi mmg ilmu yg penting kita akan igt smp bila2 sbb boleh menyelamatkan nyawa.

    Hmm.. sbb tu tak boleh leka bila ada anak kecik di rumah. Kalau ada baldi berisi air dlm bilik air, jgn sesekali tinggalkan pintu bilik air terbuka sbb 5 minit je pun dah boleh mati lemas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess... Ilmu penting..

      Haaa, tuulah.. baby ker bebudak.. lagi ler.. bahayaaa.. Risau kan.. kalau lemas dalam air terus.. haih

      Delete
  2. Oo tak pernah Sis cuba Non, nanti nak try laa celup kepala dalam kolam hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wehhhh πŸ˜† Dah cuba t rogerrr πŸ˜‚πŸ’¦

      Delete
  3. bagus training ni.. CPR tu penting kan.. tapi kena taw cara yg betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes.. betul tu. kena tahu mana kedudukan yang nak ditekan tu.. huhu

      Delete
  4. Bagusnya dapat join kursus gini. Sebenarnya penting untuk setiap orang tahu. Patut kursus gini diperluas kepada semua.

    ReplyDelete

Thanks For Coming!
Terima Kasih Kerana Singgah!