Enjoy Makan Steamboat di Muara Steamboat & Grill Senibong Cove

Enjoy Makan Steamboat di Muara Steamboat & Grill Senibong Cove || Hai! Dah lamanya aku tak bersteamboat! Alang-alang tengok ada tempat baru yang menyediakan Steamboat & Grill halal kat area Senibong Cove ni, teruslah aku dengan geng makan lain datang terjah untuk try!! Dari awal dah terliur masa tengok gambar, apa tah lagi bila depan mata ui! Ye.. halal tau. Member cakap dia selalu pernah jumpa konsep steamboat and grill camni tapi kebanyakannya non halal ye. So kalini aku share tempat makan steamboat & grill yang halal di Johor 💕

Muara Steamboat & Grill

Cantik tempatnya.. Kalau cuaca elok, dapat tengok sunset sekali woo... Siapa pernah lalu..jalan malam ker kat area Senibong Cove ni, mesti tahu kedudukannya berada di tepi laut..So memang pasti berhadapan dan nampak laut.. Kapal-kapal serta bangunan Singapura pun boleh nampak dari Muara Steamboat & Grill Senibong Cove ni tau. Aku suka view view cenggini.. Best nak buat IG story sambil menikmati foods 😂

Plus... Masuk masuk je sini terus dengar muzik Melayu klasik berkumandang merdu dalam tempat ni.. Antaranya yang aku suka lagu 'Kalau Da Jodoh'

Terdapat tiga bahagian untuk kita bersteamboat iaitu bahagian tertutup di dalam, bahagian luar (nampak view luar), dan bahagian VVIP (tempat khas bertutup tapi ada pintu jernih yang membolehkan kita nampak view di luar. Boleh tengok gambar kat bawah. 

Steamboat & grill Johor

Keadaan di ruangan dalam

Muara Steambot & Grill Senibong Cove

Keadaan di dalam bilik VVIP.  

Senibong Cove

Memang eksklusif tempatnya dan sesuai ler kalau nak lepak-lepak makan sini.. Aku and the gang makan kat bahagian luar tuh. Siap ada skrin besar kat bahagian luar. Taklah bosan sambil makan, boleh tengok skrin besar tu dan berborak beramai-ramai. Sekiranya hujan pun takda masalah, dorang ada tirai yang menghalang dari percikan air tapi masih dapat tengok view kat luar secara samar samar gitu. 

Okay, jom cerita pasal steamboat dan grill nya pulak..

1. Mereka menggunakan arang untuk memasak steamboat. Tiada dapur gas ye. Bila habis je arang, dorang akan tambah lagi.

2. Terdapat enam jenis pilihan kuah untuk dimasak steamboat. 

3. Ada 24 jenis sos yang dihidangkan. Sama ada nak buat pencicah atau saja saja campurkan dalam makanan lain pun ngam! Ada sos cili, tomato, blackpepper, garlic, dan terpaling menarik ialah sos Muara tu sendiri... Pedas seperti my favourite lah! 

4. Boleh mintak orang sana untuk grill makanan kita atau kita sendiri nak grill sambil menunggu steamboat dimasak.. 

Syok! Okaylah...jom mulakan acara mensteamboat dan mengrill..masukkan semua bahan untuk disteamboatkan! Hehe..

STEAMBOAT HALAL

Kami pilih kuah sup ayam berempah dan tomyam. Nyummm!

Muara Steamboat & Grill Senibong Cove


Seafood

Kami pilih set platter untuk grill dan stemboat. Tidak lupa jugak beberapa menu ala carte yang lain.. Banyak okayh menu kat sini.. tak membosankan dan sangat menyelerakan ye.. Antara menu ala carte yang kami add on adalah Nasi Goreng, Ayam Muara dan Ayam Panda.

Nasi Goreng

Sedap bak hang!  Air takda? Eh of course la.. kami minum smoothies terus.. Padu! 

Apa yang best datang makan sini?

1. Lokasinya Instgrammable sebab ada view yang cantik dan menenangkan. Dekorasi kat dalam pun cantik sangat 💟
2. Makanan minuman yang sedapp. 
3. Tempat yang selesa dan bersih
4. Layanan Mesra
5. Surau dan Toilet disediakan (Makan lelama pun tak perlu risau tentang solat)
6. Parking luas.

jdt blogger

Luas permandangan tengok gambar ni 🤩

PROMO ALL YOU CAN EAT

Alamat: C1 Blok , 
Persiaran Senibong, 81750 MASAI, JOHOR

RM 55 Per Pax (Dewasa)
RM 27.50 Per Pax (Kids)


  • Limit to 3 hours.
  • Last order 30 minutes before end time 
  • 4 Minimum pax and No takeaway 
  • Food wastage will be chargeable at Rm10/100gm 
  • Operation Hours: Open Daily. Between 4pm – 11pm 
  • Senibong Cove (https://waze.com/ul/hw23b6tzpb) 


Muara Steamboat & Grill Senibong Cove, Johor

Post a Comment

5 Comments

  1. wahhhh murahnya pek dewasa! Tengok seafood dia hidangkan pun menarik, tempat pula cantik. Berbaloinya makan dekat sini

    ReplyDelete
  2. Meriahnya! Untung sape yang duduk dekat situ, boleh makan steamboat selalu.

    ReplyDelete
  3. oh wow the place looks nice. love the vibe!

    ReplyDelete
  4. Berbaloi sangat dengan harga tu nona. Tempat dia exclusive dan selesa betul. Banyak hidangan makanan, sos dan banyak pilihan lain. View pun mahal tu. Best bersteamboat sambil layan view.

    ReplyDelete

Thanks For Coming!
Terima Kasih Kerana Singgah!