Makan Tengah Malam (Supper) dengan Syukor Burger

Makan Tengah Malam (Supper) dengan Syukor Burger || Hal malam semalam. Me and my sisters tengok circus kat Aeon Bandar Dato Onn, Johor semalam. Balik dari show, perut terasa lapar. Aku nak elak makan tengah malam sebenarnya tapi disebabkan jarang jarang datang ke sana, ayuhlah try singgah restoran viral ni! Hihi... Dekat sangat dengan Aeon, kat Tebing Bandar Dato Onn tu je. 

Agak lewat jugak masa kami datang ni..so taklah ramai sangat sampai beratur ke luar. Pastu tinggal dua jenis burger je dan air berjenis ais. Kalau nak air jenis blended pun dah takda katanya.

Maka kami pilih je apa yang ada. Janji merasa kekdahnya. Haha.. 

Syukor Burger

Dua orang adikku sedang membelek menu. Sejarah tentang Syukor burger ni pun diselitkan kat dalam sehelai paper. Nanti dapat nombor giliran, dan dorang panggil guna mikrofon woo.. Yela, kadang ada orang duduk kat meja luar, tak dapat dengar ordernya dah siap untuk dimakan. Sistemnya masih dalam progress rasanya sebab laluan drive thru masih ditutup. Nampak ada mesin order macam kat Mekdi, KFC tu.. tapi belum onz langsung. Semuanya kena order kat kaunter buat masa ni.  

Syukor Burger

Chicken Burger ala carte (RM12.90) dan Arabica Coffee Iced (RM10). 

Burger Ayam

Besau saiznyaaa! Rotinya lembut, isi penuh mantap padu! Bukan macam burger yang RM4 lebih tu.... Ni lebih padu ya! Sos pun lain macam pedas weh! Untuk peminat rasa pedas, of course lah aku suka makan sos ni dengan burger ayam tuh! Bukan sos cili biasa, packaging pun lain tau (Tengok dalam gambar).  Arabica Coffee Iced?  Yes, also not bad.. Buat rasa rasa gituh. 

Nyummmmm.. 

Puas hati! Tersangat mengenyangkan!  Adik aku bagi markah 11/10 🤭 Kemainn.. 

Syukor Burger

Kat sini ada tua tingkat.. Toilet ada di bahagian atas ye. Kat bawah takda toilet pulak. .. Ada jugak kerusi meja kat balkoni luar bahagian atas. Syok nak lepak! Huhu.. Next time nak try datang awal lah dan try menu lain... Sekaligus tengok improvement dan progress lain yang mereka lakukan, kan 🤗  

Alhamdulillah, tak sesia makan tengah malam (Supper) dengan Syukor Burger 😄 Tak jadik nak nyesal makan tengah malam 🤣

Suggested and must try!






Notakaki: Support bisnes local 👍

Post a Comment

12 Comments

  1. Macam rangkaian segera cara bungkusan makanan.
    Cara Nona terangkan rasa macam hendak cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Ya.. Try la... adik adik cakap shedap lahh.. hehee..

      Delete
  2. wah, ni la org kata don't judge a book by its cover. nmpk beshe2 je burger nya tapi sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Nampak biasa.. rasa... luarrrr biashe.. hehe..

      Delete
  3. Belum pernah cuba lagi. Kalau daginnya lembut kena cuba ni tapi lepas 2 bulan la kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap.. Lembut.. Haa. akak pantang makan dulu... tunggu lama sikitlah.. InshaAllah

      Delete
  4. Sedap tu ada rasa pedas. Saya mesti suka..Kann...Benda sedap confirm tak menyesal punya.

    ReplyDelete
  5. Sedap tu ada rasa pedas. Saya mesti suka..Kann...Benda sedap confirm tak menyesal punya.

    ReplyDelete
  6. Sedap tu ada rasa pedas. Saya mesti suka..Kann...Benda sedap confirm tak menyesal punya.

    ReplyDelete
  7. Sedap tu ada rasa pedas. Saya mesti suka..Kann...Benda sedap confirm tak menyesal punya.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Kat Perlis pun ada branch syukor burger ni . Pernah juga 2 kali merasa bege ni . Memang sedap ..

    ReplyDelete

Thanks For Coming!
Terima Kasih Kerana Singgah!