Dinner Nasi Lemak kat Kafe Sambal Tumis

Dinner Nasi Lemak kat Kafe Sambal Tumis

Dinner Nasi Lemak kat Kafe Sambal Tumis || Al kisahnya haritu aku teringin sangat sangat makan nasi Lemak time balik kerja. Kalau boleh tak nak order grab sebab nak makan terus kat kedainya. Tapi biasa petang petang ni, aku pun tak pasti kedai terdekat mana yang ada jual nasi Lemak...Selalu jumpa goreng goreng atau masakan Western gitu je.. Masak? Err..dah lambat nak Masak Masak..Kelaparan 😂

So aku pun try lah singgah satu kedai makan berhampiran dengan rumahku.. Saja nak tengok menu apa yang ada.. Ehh, tak sangka ada dijual nasi Lemak kat sini!  Aku fikir, kalau takda, try cari kedai lain atau tengok menu lain yang mungkin aku berkenan..Kan.. 

Baca Jugak : Kerang Masak Kam Heong

Nasi lemak telur

Oh Nasi Lemak Telur!

Aku rindu nak bau nasi Lemak Dan sambal nasi Lemak rupanya.. Haha.. Tak kisah dicampur lauk telur ataupun Ayam. Janji nasi Dan sambal tu ngam kat tekak.  So far, yang ni boleh dilayan, tak berapa kick macam yang aku nak tapi buat hilangkan kempunan tu lepaslah sikit.. Hehe.. Sambalnya not bad, ada Manis, ada pedas pedas manja, nasi lembut, cukup rasa Dan cukup masak 🩷

Then nampak ada menu lain iaitu telur Bistik! Apa lagi, masuk order jugak meskipun dah ada telur goreng kat nasi Lemak tadi tu 😂 Nafsu makan yang tinggi Nampaknya ek! 

Telur bistik

Telur Bistik ni macam masin masin sikit kuahnya.. So aku makan isinya je..Cukup sedap!

Nasi Lemak

Alhamdulillah, sedap menu makan malam aku sorang nih! Haahhaa.. Nikmat betul bagi diriku!! Makan sampai masuk waktu Maghrib, tengok pulak drama TV3, kahkah. Dah kenyang, baru pulang ke rumah dengan senyuman. Gituh!

kafe sambal tumis

Nampak ada logo 'MAKAN BEST' kat area kaunter tuh. Huhu.. Nampaknya, lain hari bolehlah Dinner Nasi Lemak kat Kafe Sambal Tumis, Bukit Dahlia, Pasir Gudang ni lagi ek 😍 Dekat benar dengan rumah aku. Cuma jarang makan kedai area sini. Asyik repeat Richiamo Coffee jer.. Kedainya sederet dengan Kafe Richiamo Coffee Dan BSN. Senang lah nak jumpa dari tepi jalan ✅


Notakaki: Risaunya berat naik! 




Post a Comment

10 Comments

  1. Alhamdulillah dapat makan sedap.
    Oerut kenyang, hati pun senang.

    ReplyDelete
  2. Nasi lemak Wak Kentut sedap lagi tak? Tetiba teringat ayam gorengnya masa duduk kat Johor dulu 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sedap ..tapi tak berapa dekat dengan tempat saya.. Kalau dekat.. dah try terus..Kak pernah rasa ehh

      Delete
  3. sana macam- macam variasi nasi lemak kan..kalau dapat sambal kerang fresh bukan yang frozen tu mesti best giler kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul..Ada ler nasi Lemak lelain tu..

      Oh sambal kerang fresh!! Haa kalau tu lagi sedap!

      Delete
  4. sedapnya..nasi lemak tu nampak menggiurkan.. terbau2 plak

    ReplyDelete
  5. Dapat juga dapat makan nasi lemaknya walaupun tak mengikut selera sangat. Janji dapat nasi lemak kan. Telur bistik nampak macam lauk paprik pulak.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .