Throwback Menonton LIVE Konsert 25 Tahun Simfoni Kesyukuran Rabbani

Throwback Menonton LIVE Konsert 25 Tahun Simfoni Kesyukuran Rabbani

Throwback Pengalaman Menonton Konsert 25 Tahun Simfoni Kesyukuran Rabbani || Syukur masih bernyawa sehingga ke harini. Aku nak throwback sikit kisah Desember tahun lepas, pergi konsert yang diadakan kat Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor. Konsert siapa? Hehe.. Konsert 25 Tahun Simfoni Kesyukuran Rabbani! Ya, Rabbani merupakan antara team nasyid yang aku minat Dari zaman sekolah dulu. Lagu lagunya penuh nasihat Dan cerita sehinggakan ramai yang menyukai lagu mereka. Senang cakap, kalau ada pertandingan atau persembahan nasyid kat sekolah, lagu Dari kumpulan Rabbani sentiasa menjadi pilihan kami, pelajar Dan guru-guru! Hehe..  Lagu lagunya yang sering menjadi siulan ialah lagu 'Intifada', 'Cari Pasangan' , Dan 'Pergi Tak Kembali'.  Ada muziknya yang rancak, menyayat hati Dan menghidupkan jiwa sesiapa yang mendengarnya.  

Aku tidak keseorangan pergi ke konsert ni. Ada Kak Ain sekali join aku nyanyi bersama! Hihi.. Bila sampai sana, nampak jugak ramai jiran setaman datang support konsert ni. Meriah! Barangkali memasing minat Rabbani ek.. Lain maciam aura Rabbani! Love betul!


Konsert 25 Tahun Simfoni Kesyukuran Rabbani

Sebelum bermulanya konsert. Duduk dulu dengan tenang di barisan hadapan. 

Konsert Rabbani

Konsert pada malamtu dimeriahkan dengan kehadiran Mawi Dan Anas sebagai pengacara majlis. Mereka berdua Dari radio Zayyan. Haha..Sejak tengok dorang mengacara, terus sekarang dah ada radio Zayyan Fm dalam list radio aku tuh! 😁 Ups, sapa tak kenal Mawi?? Jarang orang tak kenal Mawi. pakcik Makcik dulu ramai fans beliau 😚 

Rabbani

Rabbani menyajikan kami dengan pelbagai lagu dari zaman awal kemunculan dorang dalam industri. Sebagai ucapan Selamat datang, lagu 'Assalamualaikum' didendangkan buat hadirin pada haritu. Beberapa lagu lama sehinggakan ke lagu lagunya yang terbaru mereka nyanyikan. Meskipun penyanyi vokalis dah bertukar tapi tetap lunak Didengari. Apa lagi, nyanyi bersama lah lagu lagu yang sering menjadi ikutan kami.. hehe.. 

Selain itu, kami turut dihiburkan dengan artis jemputan yang pernah membuat kerjasama dengan Rabbani antaranya Mawi, Daqmie, Hijjaz, Dan Dinie Juri.

Dalam gambar di atas, korang nampak mereka berenam je kan? Sepatutnya bertujuh kalau dicampurkan dengan vokalis. Haaa, scroll sampai bawah nanti cukup tujuh orang. Sebab yag sorang lagi tu ada sakit maka tak dapat berdiri lelama untuk buat persembahan. 

Kumpulan Nada Murni

Kunpulan Nada Murni 

Rabbani Dan Hijjaz bergabung dalam satu pentas. Tahu tak, sebenarnya.. Sebelum mereka berpecah menjadi berlainan team, mereka adalah satu gabungan nasyid yang besar yang diberi nama sebagai Nada Murni. Kenapa berpecah semua, korang Google la sendiri yek. Huhu.. 

Rabbani

Complete, bertujuh! Tahniah Rabbani! 25 Tahun dalam Industri Nasyid!

Sebelum buat persembahan dalam keadaan duduk ni, keluarlah lagi sorang ahli kumpulan Rabbani yang kurang sihat tu. Alhamdulillah complete! Bila tengok konsert ni, baru aku tahu dorang ada lagu baru! Haha.. Lamanya tak amek tahu pasal industri nasyid ni. Aduhai.. Sedap jugak lagu baru sekarang cuma aku jarang mendengarnya.. Bukak radio time pergi Dan balik kerja je. Itupun ada selang seli bukak siaran lain, kan 😅
 
Dan moment sedih malamtu, bila dorang buat paparan ulang tayang saat saat Vokalis asal Rabbani, Allahyarham Ustaz Asri meninggal dunia. Terjatuh pengsan, Dan meninggal. Allahuakbar. Dorang share lah moment bersama arwah semasa hayatnya. Allahuakbar. Sebak! Al Fatihah (dibaca) buat Allahyarham Ustaz Asri. Aamin! 

Rabbani

Lepastu, tetiba keluar beberapa orang budak lelaki yang berbaju warna warni. Siapa pulak ni? Haha.. Itulah antara anak anak kandung mereka, yang bakal menjadi pelapis dalam industri nasyid kelak. InshaAllah. Nama team anak anak Rabbani ialah Aeydan.  Dorang dah ada lagu baru jugak guys! Merdu suara seperti bapak bapak dorang! InshaAllah, boleh meneruskan legasi nasyid kat Malaysia ni. Genre nasyid Masih diperlukan sebagai halwa telinga, hiburan Dan nasihat buat ramai orang kat luar sana. Aku masih menyukai nasyid! Tidaklah selalu lagu Rock or Balada aje! Kan... 

Pada malam konsert tu jugak ada pengumuman pemenang cabutan bertuah. Best betul hadiah hadiah yang diberikan, termasuklah Pakej menunaikan ibadah Umrah. Allahuakbar! Tapi tiada Rezeki kami berdua. Milik orang lain..

Mawi

Amekkan video member interview Mawi 😂 Kasik gossip sikit! Hahaa.. 

Konsert 25 Tahun Simfoni Kesyukuran Rabbani

One concert with her. Semoga dipermudahkan urusan Kak Ain seterusnya! Aamin! 

Rabbani


Alhamdulillah selesai tengok konsert, berzikir, berselawat Dan bernyanyi sama sampai habis pada malamtu. Di bahagian luar pulak ada ruangan untuk bergambar, bersedekah Dan boleh tengok trofi trofi yang pernah Rabbani terima sepanjang penglibatan mereka dalam insdustri nasyid. Alhamdulillah. Allahuakbar. Seronok! Rindu pulak nak pergi konsert bila type entri Throwback Menonton LIVE Konsert 25 Tahun Simfoni Kesyukuran Rabbani nih 😍 

Nah, share sikit sedutan masa ke konsert haritu.. Full video kat IG tak release lagi..  😂



Baca Juga: 



Notakaki: Teringin tengok Konsert Nissa Sabyan kat Melaka pulak! Sapa nak belanja 😆



Post a Comment

3 Comments

  1. Antara satu moment yg best juga dapat hadirkan diri ke konsert rabbani .

    ReplyDelete
  2. wahhhh best nyaaaa... alaa syg nyaaa salah seorg tu x sihat... syakallah..

    masa Nada Murni dulu sy pernah ikuti showcase diorg dulu...lama dah.. zaman sek.men kot... siap beli kaset diorg...ms tu murah je dlm rm6 kalau x silap.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .