Santai Santai Makan Pirate Seafood Buffet Dinner di Legoland Hotel, Johor

Santai Santai Makan Pirate Seafood Buffet Dinner di Legoland Hotel, Johor

Santai Santai Makan Pirate Seafood Buffet Dinner di Legoland Hotel, Johor || Hai korang! How's your week? Nona tengah berdebar sebab ada audit kat tempat kerja minggu ni. Tapi makan tetap makan! Hehe.. Harini Nona nak ajak korang cuba santai santai makan Pirate Seafood Buffet Dinner di Legoland Hotel, Johor ni!!! Ini kali kedua datang tapi sebelum ni lain temanya. Kalini lebih banyak seafood! Betul betul banyak woo! 😃 Korang pernah pergi Legoland? Mungkin ada yang pernah singgah Taman Tema Air atau tempat permainan outdoor sini. Selalu makan kat kedai makan berhampiran kan.. Apa kata cuba pulak makan kat dalam hotelnya. Dapat merasa vibe hotel walaupun mungkin tak stay tidur kat hotel ni.. Tapi makan buffet la.. Start Dari jam 6PM-10PM pada setiap hari Jumaat Dan Sabtu sahaja ada buffet ni. Ops, boleh ker makan kat Restoran dalam hotel Legoland kalau tak tidur situ?? Hehe..jawapannya: Of course boleh! 😃

Seafood dimasak dengan pelbagai masakan, ada yang dimasak asam pedas, sambal, salted egg, dibakar Dan banyak lagi lah. Meriah jugak masa aku datang tu.. Ternampak ada orang celebrate birthday anaknya kat sini.. Nampak ceria betul budak tuh tengok semua orang nyanyikan untuknya! Happy ler sambut birthday, kat Legoland pulak tuh! Huhu.. Jom tengok apa aku makan haritu Dan apa lagi yang ada!

Legoland

Semua aku nak try! 
Aku suka jugak meja kat Legoland nih! Kadang kadang ada lukisan, kids boleh warna warnakan atau apa apa aktiviti yang pasti tak membosankan budak kecik kalau mereka dah tak kelaparan.. Hihi.. 

Bakar

Bakar bakar! Ikan pari bakar, Otak Otak, Ehh. Memacam ado!

Ketam

Ketam! Lama tak makan ketam!

Udang Sambal Petai

Prawn in Red Chilli Paste with Petai

Bukan setakat lauk modern, lauk kampung siap Petai pun ada! Ngam betul dengan tekak aku yang Melayu ni 😄

Baked Salmon

Whole Roasted Baked Salmon
Makan bersama sama lemon Dan kuahnya, uit mantap! Ni jenis baked punya. Kalau aku suka jenis steamed. Tapi bila jenis baked ni makan dengan menu lain, Masih ada rasa sedap.

Seafood on Ice

Seafood on Ice! Banyaknya pilihan seafood! Udang, Ketam, Green Mussle, Flower Crab, Dan banyak lagi. Untuk lebih sedap, makan together dengan sauce saucenya yang sedap belaka! Don't worry, lemon turut disediakan ✅

Selain lauk seafood, ada jugak lauk seperti Ayam Dan Daging. Lauk lauk boleh dimakan bersama sama nasi goreng kampung atau Mihun Singapore atau bersama sama pasta. It's up to you untuk makan sampai kenyang Dan puas hati. Hehee.. Durian goreng pun jangan dilupakan, mesti cuba! Sate pun ada! Itik pun ada! Ehhh, macam macam ada ler, memang puas hati bayar 😃

Sushi

Sushi

Penggemar sushi? Kat sini walaupun banyak seafood, tapi sushi pun ada terselit sekali tau! 

Fruits

Geram aku nengok buah Oren tu! Comel dan nampak fresh!! Buah buahan dan desserts seperti kek, brownies, dan aiskrim pun ada kat sini memeriahkan suasana. Hehe..  Penuh meja dengan makan makanan yang sedap belaka 😃 


Sup Gearbox

Gearbox Soup!
 Kedudukannya sebaris dengan menu bakar bakar kat Bahagian luar. Supnya pekat Dan likat! Sesuai sangat rasa masin masin tu dimakan bersama sama roti ataupun nasi. Hehe.. 

Pirate

Dihiburkan dengan tarian Dari geng 'pirate' 🤩

 Legoland

Me and blogger Kak Eda with Jack Separuh. (Read: Sparrow 😄) 

Overall bagi aku, berbaloi baloi betul dengan harganya!!! Tapi kalau nak Oyster, ada caj tambahan lain harga Tau! Tak termasuk sekali dalam harga buffet tu yer ! Jujur, tak sangka harga buffet kat sini cenggitu je, ingatkan mahal sangat sebab hotel popular kan. Rupanya harga mampu dibayar lagi ler! Huhu..



We have a lot of seafood choice for you to enjoy! 
 
⏩ PRICE of PIRATE SEAFOOD BUFFET DINNER di Legoland:

Adult: RM138 / pax
Child: RM70/pax
✅ 10% untuk Annual Pass Holder  

Don't miss out on this exclusive offer, available only on Friday & Saturday. Book your table now:

📞 +607 560 3808/3884 or
📧 admin.fnbhotel@legoland.my 

Jomlah Uolz Santai Santai Makan Pirate Seafood Buffet Dinner di Legoland Hotel, Johor ❤️  

#BuffetDinner #Foodies #Seafood #Food #LEGOLANDHotel













Post a Comment

5 Comments

  1. Orang yang suka makanan laut berbaloi datang sini.

    ReplyDelete
  2. Ramainya makanan
    Macam mana nak pilih

    ReplyDelete
  3. Menu bakar-bakar tu saya suka. Lain macam masakan ketam ni. ketam kot kan, masak apa pun sodap!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .