Menunggang Kuda di Pantai Klebang, Melaka

Menunggang Kuda di Pantai Klebang, Melaka

Menunggang Kuda di Pantai Klebang, Melaka || Korang pernah pergi Pantai Klebang, Melaka tak? Salah satu pantai yang menjadi tarikan ramai kat Melaka ialah Pantai Klebang. Zaman study dulu, para student suka duduk melepak sini, kadang kadang sampai 2-3 pagi tau. Pantainya cantik tapi tak dibenarkan untuk bermandi manda ya. Just untuk tatapan mata Dan tempat merehatkan diri je. Masuk adalah Percuma. 

Harini nak throwback sikit kisah bulan September 2022 tentang aku Dan emak berjalan jalan ke Melaka. Saja bonding time with my syurga iaitu my mom. Antara aktiviti percutian kat sana ialah menyinggah ke Pantai Klebang, Melaka. Tujuan sebenar ke sini ialah sebab teringin nak tunggang kuda Dan berjalan jalan dengannya kat tepi pantai tu! Hihi.. Serious, lama sangat mengidam ek!  Mungkin sebab dulu pernah belajar ambil Diploma kat Melaka, tu terasa nak pergi lagi.

Aktiviti berkaitan kuda ni kebiasaannya dibuka pada hujung Minggu atau public day je.. Orang yang bertugas menjaga kuda tu bagitahu.. Aku pun baru tahu ye, mujurlah time aku pergi tu cuti Public , so kudanya ada kat situ lagi ✅

Tunggang kuda

Peace yaw! One of Sunnah Rasulullah: Menunggang Kuda ✅ 

Selesai check in tempat tidur, kitaorang terus ke Pantai Klebang. Ya, kena cepat cepat sebab macam biasa ler, Melaka ni selalu jammed, lagi lagi time petang Dan tempat santai santai camni. 

Syok Dan seram rupanya bila kaki Dan badan kuda tu mula bergerak gerak, walaupun slow! Hahaa.. Tapi takpa, ada orang jaga Dan dia dah bagitau, kuda yang aku tunggang ni selalunya behave.. Means tak pernah melompat atau berlari lelaju tinggalkan tuannya.. Dalam hati aku terfikir, adakah dia tak pernah merajuk seumur hidupnya.. Ehhh..Tetiba 😂

Er.. em.. Ya, kuda tu larat lah nak bawak aku sorang.. Haritu hari kuda bekerja, hari lain dia bercuti, bak kata penjaga si kuda ✅

Pantai Klebang

Sebelum tibanya waktu Maghrib. Lambat jugak kitaorang sampai Pantai Klebang ni, lepas Asar dah.. Mujur parking banyak Dan luas kawasannya. Barulah tenang nak tinggalkan kenderaan sambil kami berjimba 😂

Baca sekejap tentang Sebab Kenapa Kucing Suka Panjat atas Langsir.

Aktiviti di Pantai Klebang

1. Naik kereta kuda
2. Menaiki ATV
3. Bermain prmainan elektronik untuk kanak- kanak (basikal, skuter, kereta permainan mini elektronik)
4. Memberi Makan Arnab
5. Sewa kerusi untuk duduk santai santai di tepi pantai
6. Pelbagai gerai makanan, minuman kedai pakaian dan macam macam lagi banyak dibuka di tepi jalan sepanjang kawasan Pantai Klebang! 
7. Tengok sunset

Lepas beli makanan, boleh lah lepak duduk tepi pantai sambil menikmati makanan Dan minuman yang dibeli. Terpulang kepada kita sama ada nak sewa kerusi kat situ atau berkelah dan duduk terus kat situ dengan peralatan sendiri. Aku ngan emak tak duduk lelama kat tepi Pantai Klebang ni, sebab kami lebih banyak menyinggah tengok tengok kedai makan Dan kedai menjual pelbagai barangan kat situ. Jarang datang, kan..Haruslah berjalan ke semua kedai kalau boleh 🤣 

NAIK ATV 

ATV

Let enjoy ride ATV at Pantai Klebang!

PELBAGAI GERAI MAKANAN DAN MINUMAN

Melaka

Meriah jualan kat sini.

Ya, Pantai Klebang memang meriah dengan food truck yang menjual pelbagai juadah menarik. Terdapat buah buahan, keropok lekor, cocount shake, apam balik Dan banyak lagi lah! Try, jangan tak try! Hahaa..Sampai sakit perut makan memacam.. 

Permainan bebudak pun ada dijual. Aku dengan emak lebih berminat dengan kedai baju bundle kat situ! Lama membelek ek.. Then beli asam, Aiskrim, Dan mask muka 😂 Oh ya, inai pun aku gi beli kat sini...Haha.. Saja ek nak try! 

Lepastu kan, time malam kat Pantai Klebang ni pun meriah dengan lampu lampu Dari kenderaan elektronik bebudak. Terdapat kawasan Lapang berhampiran surau Dan toilet, di situlah kita akan berjumpa dengan banyak budak budak yang ceria sakan! Tak bosan datang kawasan Pantai Klebang memalam, lagi lagi time cuti, masih 'hidup' tempatnya! Hehe.. 

MEMBERI MAKAN ARNAB

Mini Zoo

Kat sini, budak budak diberi masuk ke dalamtu dan beri makan pada arnab. 

MENUNGGANG KUDA DAN MENAIKI KERETA KUDA

Tunggang Kuda

Harga Kereta Kuda Dan Kuda Tunggang 

Harga Tunggang Kuda:
Dewasa: RM10
Kanak Kanak: RM10

Harga Kereta Kuda:
Dewasa: RM10
Kanak Kanak: RM5

Kuda

"Kuda yang mana, kuda yang mana". Ehh, nyanyi dulu! Thanks for being a good horse! Rindu! Rindu nak round round dengan kuda..

Keesokan harinya, aku datang lagi pantai ni sebab petang semalam tu, tak berkesempatan nak try. Tenang bila datang sini pepagi. Tak sesak Dan tak berebut orang nak naik kereta kuda ✅ Nice macamni. I like!


Kereta Kuda

Doa doa kuda ni dapat dikawal dengan baik. Risau jugak kalau mood si kuda tengah tak baik ker disebabkan kena kejut bangun bekerja time hujung minggu 😂

Kereta Kuda

Feeling princess! Feeling Cinderella! Tinggal tak pakai heels je. Syoknya naik kereta kuda! Lain rasanya dengan naik beca! Hahaa.. Duk, Duk, Duk! Kudaku laju! Laju lah lagi! Hihi ~

Pantai Klebang

I love you! Kat tepi tu actually ada kotak tabung duit. Kalau nak sedekah, bolehlah bagi seikhlas hatimu! Hehe . Lawa dah 'pintu gerbang bunga' ni, support lah sikit bergambar kenangan! Kan!

Selain Pantai Klebang, ada jugak Pantai Puteri, Dan banyak lagi. Enam Hotel yang berhampiran Pantai Klebang untuk korang stay:

2. Mabohai Resort Klebang
3. Puteri Bay Hotel Melaka
4. Everly Resort Hotel Melaka
5. E-Red Hotel Melaka
6. Hotel Sentral Riverview Melaka

Negeri Melaka bukanlah besar mana pun, pusing pusing situ, eh dah sampai! Tempatnya dedekat aje tapi disebabkan ada jammed tu yang jadi lambat sikit perjalanan ke sana sini.. 

Apa pun.. Alhamdulillah, done trip santai with my mom ke Melaka. Tercapai akhirnya wishlist menunggang kuda kat Pantai Klebang ni.. Seronok! Kita tak tahu bila lagi ada kesempatan untuk repeat semula hari ini yang dilalui. Nikmati Dan Hargai setiap masa yang kita miliki terutama bila bersama dengan yang tersayang ❤️ 


 

Notakaki: Ada plan nak ke Melaka lagi nih. Tak pernah bosan ek. Entah kenapa 😂
 


Post a Comment

15 Comments

  1. Banyaknya aktiviti dan meriah sungguh Pantai Kelebang ni ye ... Akk belum pernah sampai sini.

    ReplyDelete
  2. Meriahnya suasana di Pantai Klebang. Bestnya dapat naik kuda. Last sekali tunggang kuda masa join kelab ekuestrian di uni hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah! Meriah! Hehe..Ooo...Dah pernah lah tunggang eh... Bolehlah Cuba kat sini pulak..

      Delete
  3. Pernah ke Pantai Klebang tapi waktu malam, makan goreng-gorengan seafood.
    Tak berkesempatan lagi beraktiviti di sini.
    Bestnya dapat naik kuda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. Nice makan makan ek..
      Haaa..Boleh try nanti beraktiviti sini! 😍

      Delete
  4. ada bayaran kan..berapa? tak pernah naik..teringin nak naik tapi takott.

    ReplyDelete
  5. Tak habis-habis ko dengan kuda ekkk hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duluuu kan memang tak habis habis. Haha.. Sekarang dah tak ngidam 😅

      Delete
  6. Akak ingat nak staycation ngan Dania kat Melaka la sebelum akak kawen...thanks Nona share entry ni...belh gak layan aktiviti ni nanti...asyik makannnnn je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Go Kak..go! Hehe..
      Ya, bolehlah beraktiviti camni ❤️

      Hahaha..Makan itu perlu!

      Delete
  7. hari tu gi sana, Ian & Iris naik ATV.. suka diaorang.
    Iris mula2 nak naik kuda, but bila sampai dekat..dia takut plak

    ReplyDelete
  8. Meriahnya Pantai Klebang. Sejak pantai Klebang meriah dan jem sentiasa ramai orang, dah tak jejak sini dah. Suka pantai yang tenang tenang je. Tapi macam best pulak tarikan kat sini.

    ReplyDelete
  9. Banyak juga aktiviti yg boleh di buat di pantai klebang ni . Aihh teringin juga nak naik kuda tue . Next time kalau holiday sini nk cuba laaa

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .