Maksud IBG Transfer Dan Tempoh Pemindahan Wang || Aktiviti pemindahan Wang melalui online boleh Dilakukan secara 'Instant Transfer', Dan IBG Transfer. Penting untuk memahami maksud kedua Dua istilah Instant Dan IBG transfer. Instant dalam bahasa Melayunya ialah segera. Ini bererti, pemindahan duit adalah secara cepat Dan segera pada hari Dan waktu pemindahan tersebut.  Apakah pula maksud IBG Transfer Dan Tempoh Pemindahan Wang?

Selalunya, Penggunaan IBG Transfer dilakukan oleh pihak company seperti dalam urusan pembayaran gaji atau payment Dari luar (transfer by PayPal). Rata rata untuk pembayaran secara peribadi Dan cepat, ramai yang menggunakan Instant Transfer .

Transfer online

MAKSUD IBG TRANSFER

Perkataan IBG adalah singkatan kepada “Interbank GIRO”. Oleh itu secara mudah difahami ianya adalah pemindahan wang antara bank yang berlainan jenis. Sebagai contoh, pemindahan Wang dari CIMB Bank kepada Maybank dan lain lain bank. Bukan sama jenis dengan bank pengirim. Ianya juga dikenali sebagai normal transfer iaitu pemindahan Wang secara normal bererti ianya tidak segera Dan secepatnya seperti 'Instant Transfer. 

IBG Transfer

Mesej mengenai kemasukan duit melalui IBG Transfer

Perbezaan Instant transfer dan IBG transfer

IBG Transfer 

Pindahan Dana yang ditangguhkan tanpa pengesahan pada nombor dan nama akaun benefisiari.

Instant Transfer

Pemindahan melalui kaedah Instant Transfer membolehkan kita menyemak nama benefisiari (atau penerima) apabila mengisi segala butiran maklumat yang diperlukan untuk memastikan akaun yang anda dipindahkan Wang tersebut adalah betul ✅

Caj Yang Dikenakan

Both Instant Transfer dan IBG Transfer adalah PERCUMA untuk aktiviti Pemindahan Wang kemana mana bank sekalipun

Tempoh Pemindahan Wang Bagi IBG Transfer

Tempoh masa yang diperlukan untuk memproses pembayaran GIRO Antara Bank bergantung pada bila masanya anda melakukan pemindahan wang tersebut kepada si penerima.

Terdapat beberapa siri had masa (cut-off time) sepanjang hari bekerja, yang telah dipersetujui oleh pihak bank yang mengambil bahagian.

Sekiranya melakukan pemindahan wang sebelum tamat tempoh tertentu, bayaran itu akan diproses dan akan masuk pada masa yang telah ditetapkan ✅

Cimb bank

Tempoh Pemindahan IBG Transfer - CIMB BANK


bank islam

Tempoh Pemindahan IBG Transfer- Bank Islam

Maybank

Tempoh Pemindahan IBG Transfer - Maybank


Bila dah tahu camni, aku pun dah dapat agak dan faham kenapa kadang kadang gaji masuk lambat sikit timingnya. Takda lah gelabah..Haha.. 

Kesimpulan

Gunakan kemudahan yang ada sebaiknya. Semoga urusan memindahkan Wang dilaksanakan dengan mudah Dan Telus. Berhati hati semasa membuat transaksi, pastikan nombor akaun betul Dan sah agar tak tersalah masuk duitnya. Selain itu, penting untuk memiliki internet yang kuat dalam melakukan aktiviti IBG Transfer dan Instant Transfer agar lancar proses yang dilaksanakan.