SALAM NUZUL ALQURAN. KUIZ MENGUJI PENGETAHUAN TENTANG AL QURAN

SALAM NUZUL ALQURAN. KUIZ MENGUJI PENGETAHUAN TENTANG AL QURAN

SALAM NUZUL ALQURAN.  KUIZ MENGUJI PENGETAHUAN TENTANG AL QURAN || Salam Nuzul Al-Quran. 17 Ramadan adalah hari dimana diturunkan Al-Quran pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Nuzul, perkataan Arab, dalam Melayunya bererti turun. Nuzul Al-Quran bermaksud Turun Al-Quran. Menarik kalau kita baca keseluruhan perjalanan tentang penurunan Al Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran merupakan panduan dan rujukan utama buat umat Islam. Oleh sebab itu, kita disuruh perbanyakkan membaca AL-Quran selain daripada berzikir dan bersedekah. 

Bacalah Al-Quran walaupun sepotong ayat. Lebih elok lagi jika membacanya dalam keadaan faham dan penuh penghayatan. Maka selamatlah kita dunia dan akhirat. Jom Nona share beberapa soalan dan kuiz menguji pengetahuan tentang Al-Quran. Ini kuiz dah disertakan jawapan tapi korang bolehlah bersoal jawab dengan rakan taulan atau ahli keluarga. 

Nuzul Al Quran


1. Bilakah tarikh AL-Quran diturunkan?

- Pada Malam Jumaat 17 Ramadan bersamaan tarikh 6 Ogos 610M

2. Berapa Banyak Juzuk dalam Al-Quran?

-30 Juzuk

3. Berapa banyak surah di dalam al-Quran?

- 114 surah di dalam Al-Quran

4. Surah Pertama yang diturunkan?

- Al- 'Alaq

5. Apakah Surah Terakhir di dalam Al-Quran?

- An-Nas

6. Siapakah nama Nabi yang paling banyak disebutkan di dalam Al-Quran?

- Musa AS

7. Surah yang tidak memiliki Basmalah di awal ayat?

-At-Taubah

8. Siapakah satu-satunya sahabat yang namanya disebut dalam Al-Quran?

- Zaid bit Haritsah (Dalam surah al-Ahzab ayat 37)

9. Siapakah satu-satunya wanita yang disebutkan dalam Al-Quran?

- Maryam

10. Surah mana yang dimulai dengan kata-kata " Bukankah Kami telah  melapangkan dadamu (Muhammad)? 

- Surah al-Insyirah


Seperkara lagi, Kita seharusnya berasa amat marah Jika isu isu berkaitan al-Quran diremehkan dan dihina oleh orang lain. Jagalah Al-Quran. Alangkah indah jika menghafalnya lalu mengikut segala panduan di dalam al-Quran dengan penuh kesabaran dan keimanan. 

Sudahkah anda membaca Al Quran pada hari ini? Semoga kita semua terus istiqamah membaca Al Quran Dan tidak meninggalkannya. Moga hati kita sentiasa terpaut untuk membaca Dan memahami Isi di dalamnya.  Pahala berganda buat semua pembaca Al Quran. InshaAllah!!


Highlight: Segala info Dari Google Dan Video dalam Instagram Ini. Semoga Bermanfaat ya!


Nota kaki: Tempat kerja Nona tak ambil cuti sempena Nuzul al Quran. 


Post a Comment

9 Comments

  1. Terima kasih Nona. Selamat menyambut Nuzul Al Quran...
    Johor tak cuti kan? Anak⁴ Akk cuti hari ni sempena Nuzul Al Quran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye... Johor tak cuti pulak 😅 Ohh..seronok ye kak..dapat cuti anak anak 🥰

      Delete
  2. Saya kalo tak lihat jawaban, tak semua soal bisa terjawab 🤣. Dah lupaaa... Hebat kakak bisa

    ReplyDelete
  3. Uish...Sama kok.. Haha..Sy pun copy jawapan saja 😄

    ReplyDelete
  4. Terima kasih share. Dapat juga ulangkaji dan tambah ilmu.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih share. Dapat juga ulangkaji dan tambah ilmu.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .