Berbuka Puasa dengan Menu Set untuk Lapan Orang Makan kat Restoran Bara Ikan Bakar Senibong

Berbuka Puasa dengan Menu Set untuk Lapan Orang Makan kat Restoran Bara Ikan Bakar Senibong

Berbuka Puasa dengan Menu Set untuk Lapan Orang Makan kat Restoran Bara Ikan Bakar Senibong || Ramadan 2026. Apa kata kalini berbuka puasa dengan menu set macamni bersama yang tersayang? Saiz ikan yang besar, sedap kuah Dan sauce, ada mini Bufet free flow lagi Dan untuk budak bawah umur 12 Tahun? Ada menu free untuk dorang! Tempat bersih, dapat angin sepoi sepoi sebab lokasinya bebetul sebelah tempat mancing Pak Akob tu. Cuma bulan puasa ni, tempat pancing tu tutup untuk dibaik pilih.

Kat sini ada Banyak pilihan set menu berbuka puasa. Bezanya Dari segi jenis Masakan, Dan kuantiti untuk beberapa pax. Terpulang lah kalau awak bawak Dua orang ke or more. Buat pilihan memasing. Ada lauk yang takda dalam set A tapi ada dalam set lain. Ha begitu. Nona dah try set menu untuk Lapan orang makan. Meriah dengan menu seafood, telur Dan sayur. Bagi saya, set B ni mengenyangkan betul Dan cukup untuk Makan berlapan. Ada yang Pedas, berkemak. Senang cakap, secukup rasa gitu! Lagi best sebab takda bau hanyir ke apa. Me and my mom suka Masakan dorang kat sini. 

Bara Ikan Bakar Senibong

Sungguh menyelerakan tekak dan perut saya! Aaa..sedap! Inilah set untuk lapan orang makan.

Lokasi Restoran Bara Ikan Bakar Senibong


Waze atau Maps: Restoran Bara Ikan Bakar Senibong atau Cari Pak Akob Pancing

Pilihan Set Menu Berbuka Puasa Dan Harga

Set A (10 pax): RM999
Set B (8 pax): RM599
Set C (8 pax): RM459
SET D (4 pax): RM199
Set E (4 pax): RM179
Set F (3 pax): RM99

Menu Dalam Set B (8 pax)

🍀Ikan Siakap Goreng "Special Sauce"
🍀Ketam Nipah Masak Cili 
🍀Udang Masak Salted Egg 
🍀Siput Sedut Masak Lemak Cili Api 
🍀Sayur Kailan Sos Tiram 
🍀Tom Yam Putih Ayam
🍀Telur Dadar 

Ikan Siakap

Datang sini tak sah kalau tak Cuba menu ikan Bakar sebab ada special sauce for it. 
Confirm tak nyesal bayar Makan Berbuka kat sini.  

Ketam Masak Cili

Hi Mr Crab!

Ketam bersaiz besar Gini. Pedas Pedas manjah. Best Makan bila Banyak isinya. Hehe .

Udang Salted Egg

Padu menu ni! Rasa nak bungkus bawak ke sahur..Haha.. Overall aku rasa Berbaloi harga Dengan menu yang dihidangkan. Alhamdulillah! Takda nak complain pape. 

Set ini dah termasuk sekali dengan mini buffet free flow yer. Bukan setakat makan menu seafood aje, Ada jugak makanan side dish disediakan dalam mini buffet free flow bila berbuka puasa kat sana. 

Mini Buffet Free Flow

  • Ulam ulaman berserta pelbagai kuah seperti sambal belacan dan lain-lain
  • Kuih-muih
  • Buah-buahan
  • Bubur jagung ATAU kacang hijau. 
  • Pelbagai pilihan minuman panas & sejuk

Mini Buffet Ramadan
Ruangan Mini Buffet Free Flow

Minuman Sejuk
Pelbagai jenis minuman. Air panas dan sejuk.

Alhamdulillah. Puas hati. Jom berbuka puasa kat Restoran Bara Ikan Bakar Senibong ni!! Makan beramai ramai lagi syok. Kan.. Cukup Makan Dan minum, bolehlah sambung berpuasa dengan tenang lagi keesokan harinya. Hehe..Selamat berpuasa guys! 

Kemudahan

  • Surau Disediakan
  • Parking FREE
Diskaun/ Promo Early Birds

15% diskaun untuk tempahan awal sebelum atau pada 18 Februari 2026.

Tarikh dan Masa


📅20 Feb - 19 Mac 2026
⏰️5pm-9pm

Sebarang persoalan & tempahan

🔗http://www.wassap.my/60164020350
📱+6016402 0350

❎ Kolam Pancing Pak Akob tidak beroperasi sepanjang Ramadan. Saja bagi info tambahan.




















 


Post a Comment

0 Comments