Syukran Jazilan Belanja Lunch Nasi Arab Restoran Al Hanin

Syukran Jazilan Belanja Lunch Nasi Arab Restoran Al Hanin

Syukran Jazilan Belanja Lunch Nasi Arab Restoran Al Hanin || Haritu ada bekas driver tanker tempat aku bekerja ni belanja Makan nasi Arab Al Hanin yang kat Taman Rinting tu . Pencen sudah orangnya. Lama jugak dia niat nak belanja Makan and Alhamdulillah. Dapat jugak tunaikan hasratnya.. Cuma tak ramai la hari tu sebab hari Ahad, hujung minggu. Jadiknya ada yang cuti, tidak bertugas, ada Hal lain Dan lain lain. Kami yang datang kerja haritu je keluar Makan sama tapi tu pun sangat rushing sebab ada kerja lain menanti. Rezeki aku la OT hari Ahad tu 👍 Inilah my first time datang Makan Nasi Arab kat sini ye. Ramai cakap sedap..So jomlah try sendiri. Ehek..

Nona suka jugak Nasi Arab tapi jarang Makan. Tak kisahlah maqlubah ke..atau apa jenis pun. Ada orang tak suka sebab rasa herba kan kadang kadang. Tapi Nona suka je. Lagi lagi kuahnya tu. Kalau tawar kuahnya tu yang buat potong rasa. Huhu.. 

Nasi Arab

Mine. Nasi Arab Kambing~ 
Mantap sedap, lembut Dan berasa. Aku jatuh Cinta!

Nasi Arab

Ini set dulang.

Pelbagai jenis nasi Arab dalam satu set ni. Besar sikit saiz pinggannya. Cuma tak nampak sangat dalam gambar. Dari segi warna nasi tu boleh Nampak lah.

Restoran Al Hanin

Bersama sama abang driver yang Masih bekerja Dan Dua orang Dari department Berbeza tapi pernah bekerja dengan driver pencen tersebut. Alhamdulillah berkongsi rezeki. 

Rezeki

Semoga dilimpahkan rezeki buat abang Ruzaiman (Berbaju Merah), dipanjangkan usia Dan terus diberkati Allah Dunia akhirat.  Aamin! Syukran Jazikan belanja Nasi Arab Restoran  Al Hanin ni haritu.. Steady abang janggut! Haha.. Alhamdulillah, kenyang Dan memuaskan tekakku! 


Post a Comment

0 Comments