Menu Berbuka Puasa Hari Keempat || Hari Keempat puasa adalah hari Ahad. Alang alang cuti, berbuka kat hotel lah pulak. Hehe.. Tidak membazar or memasak. Pilihanku adalah Grand Paragon Hotel! One of my favourite place jugak. Sebab ruang Makan yang luas mataku memandang (Siling tinggi) Dan menunya pun not bad!
Apa yang penting, hidangan berbuka puasa ada menu favourite iaitu kambing.. Lemang Dan Sup Sup Macam sup urat Dan sup Tulang! Nyumm! Lokasinya kat JB. Kalini, Nona just dating berdua je dengan insan kesayangan. Terlaksana jugak impian nak keluar spent time berdua kat hotel ni Tau 😄
Meriah meja kami! Banyak menu sedap antaranya sate, sup Tulang, sup urat, bubur lambuk. Lauk pauk seperti itik gulai, Asam Pedas Ikan Mayong, Ayam bawang, Ketam, udang, juadah hari raya Dan Macam Macam lagi lahhh! Tak tersebut semua ek. Hehe....

Syukur dengan Nikmat yang diberiNya! Mostly aku suka dengan semua yang aku dah jamah kat sini. Cukup Dan Puas hati lah!
Membangkit Selera! Siap berttambah ye Makan bila dapat menu Padu camni.
With him! My daddy! Abahku!
Alhamdulillah kalini dapat bawak abah saya Makan Berbuka kat sini, Grand Paragon Hotel, JB. Syukur Alhamdulillah. Jarang berdating dengan abah..Selalu bergaduh aje. Hahaa.. Tak kira la pasal jalan raya ke..Urusan jual beli ke...Huhu..
Barulah betul Nonasani. Pemilik nama blog ni 👍 Ya, nama blog ni adalah gabungan nama saya Dan abah! Masa tu takda suami lagi. Eh sampai sekarang pun belum Ada. HAHA. Semoga Allah kurniakan usia yang panjang buat abah Nona, dilimpahkan rezekinya, dipermudahkan urusannya Dunia akhirat Dan Diberkati Allah selalu. Lagi Handsome abah pakai Kurta Kacax! Kekeke.. Alhamdulillahh. Kenangan Ramadan 2026. Berbuka puasa dengan abahku kat hotel ni!!!




0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .