Rezeki Jawab Kuiz Sempena Hari Kemerdekaan kat TMIYC Pasir Gudang

Rezeki Jawab Kuiz Sempena Hari Kemerdekaan kat TMIYC Pasir Gudang

Rezeki Jawab Kuiz Sempena Hari Kemerdekaan kat TMIYC Pasir Gudang || Alhamdulillah. Rezeki jawab soalan sempena hari kemerdekaan. Soalan ringkas tapi aku pun tak pernah ingat bila tarikhnya. Dulu memang minat sejarah time SPM tapi tentang soalan ni, macam tak terlintas di fikiranku. Haha.. Cuma bila dia sebut hint soalan, aku lelaju lah Google 😄

Gigih Dan semangat aku berlumba kedepan sebab macam tak seramai orang malam Merdeka tu. Hehe.. Soalanya berbunyi seperti ini: "Tahun bilakah Bunga Raya diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan??" Dan orang tu bagi pilihan jawapan. Aku laju menjawab sebelum bebudak lain jawab 😂 Segan tapi sebab nak tahu apa hadiah dalam tu. Haruslah aku try sendiri kan~ So, apa jawapannya ye??!

Kuiz Hari Merdeka

Tak sesia pakai tudung Jalur Gemilang ek 😄

Bilakah Bunga Raya Diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan?

Jawapan:
Pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Duit raya

Terima Kasih Majlis Bandaraya Pasir Gudang ❤️

Berapa ringgit dapat? RM20. 

Duit

Tak terlalu banyak tapi okaylah, siapa nak bagi, kan? Alhamdulillah. Boleh beli makanan kat Car booth area sekitar TMIYC nih 😂 Syukur Alhamdulillah.. Proud to be Malaysian! Update ni sambil tonton wayang Pacak tentang kemerdekaan. Sebak sungguh hatiku melihat Malaysia mencapai kemerdekaan. Moga Malaysia terus dilindungi Allah. Aamin!




Post a Comment

12 Comments

  1. Kemain rajin ea ko.. tahniah juga .. bolehlah belanja kopi kenangan ea

    ReplyDelete
  2. Jujur cakap soalan ni memang nampak mudah tapi ramai yang tak ingat tarikh tepatnya (28 Julai 1960). Baguslah Sis laju serbu depan. Tahniah dapat hadiah dari MBPG..RM20 bleh beli macam2 tu...

    ReplyDelete
  3. Hahaha tahniah nona.. kalau tanya kita soalan on da spot ni confirm hotak pun jadi blank.. rezeki tu nona.. bak kata sislin, bole la belanja kopi kenangan 😜

    ReplyDelete
  4. uisyhhh banyak lah jugak tu untuk soalan yang mudah hahaha boleh beli makanan kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye benerrr...Tapi bagi saya tak begitu murahhh 😂

      Delete
  5. Wah mesti teruja kan dapat jawab. Tahniah Nona. Alhamdulillah rezeki dapat duit. Dapat juga berbelanja kat situ kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Ye..Betul..Terima kasih...Hehehe...

      Delete
  6. Kalau ada pilihan jawaban terkadang saya masih ingat. Kalau tak ada, memang blank 🤣🤣..padahal dulu saya paliiiiing suka sejarah

    ReplyDelete
  7. This is a personal lifestyle blog covering topics such as travel, food, health, media, and daily experiences. The article has an engaging and conversational style, with active reader interaction through comments, making the blog feel authentic and community-oriented.
    Vardhman Machinery Equipment is a trusted name in the manufacturing of advanced wire saw machines for stone cutting and processing applications. As an experienced Wire Saw Machine Manufacturer, the company focuses on delivering durable, precise, and efficient machinery. Its machines are designed to support smooth cutting operations and improve overall productivity. With quality components and reliable technology, Vardhman Machinery Equipment provides solutions suitable for different stone industry requirements. The company emphasizes performance, durability, and customer satisfaction while offering practical machinery solutions.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .