Plan Percutian Santai di Terengganu

Mood Plan Percutian ||  Hai all ! How are you today ? Hm.. Aku punya mood sekarang ialah mood nak bercuti , jauh dari stress kerja !  Google punya google, keluarlah banyak gila tempat dalam Malaysia yang memang best untuk dilawati…..nak bawak family enjoy! Hari tu dah pergi Pahang, kali ni aku aim Terengganu.  For the first time aku tahu tempat ni wujud ! Resorts World! Ehhhh tapi bukan kat Genting Highland tu…aku nak try Resorts World Terengganu.

Aku macam tak percaya ada Resorts World kat Terengganu ! Serious laaa~  Sambil beraktiviti kat resort, bolehla keluar jalan jalan cari keropok lekor kopok lesong, or singgah tempat-tempat menarik yang lain…


Menurut apa yang aku search, Resorts World ni terletak dekat Kijal, dalam daerah Kemaman. Kawasan ni rupanya lagi dekat dengan Kuantan berbanding Kuala Terengganu tu sendiri. Paling aku suka sangat masa search ni, Kijal letaknya di persisiran pantai , pasirnya putih bersih, air yang jernih, sambil dikelilingi pelbagai tumbuhan seperti pokok rhu serta pokok kelapa. .

Ui, seronok landing, lepak-lepak tengok laut dan langit dari bangku tuu….syoknya !


Mesti cantik gila posing sini…. Adoi..suka betul lah !
Tambahan lagi,  terasa lagi special bila dorang sediakan tempat khas yang dibuka special only for guest hotel.
Bilik macam mana? Ok, lagi satu hal yang aku suka dan setuju sangat benda pertama kalau gi bercuti ni, ialah tempat penginapan yang selesa.

Walaupun dah dibina selama lebih 20 tahun, ianya Resort World Kijal nampak macam baru ! Yela, tempat terjaga elok, mestilah masih teguh…kan? Apa yang aku nak untuk next percutian, semua ada di Resorts World ni tau :-
1. Tengok sunrise
2. Bilik menghadap laut
3. Dengar deruan ombak dari bilik
4. Wi-fi dan TV cable jugak ! Amatlah penting.
Antara dua jenis nih, of course aku pilih yang hadap ke laut laa… syoknya nanti  ~
Dua jenis bilik :-
DELUXE – Menghadap golf course
PREMIER- Menghadap laut


Takkan bilik je best? Hehe,  Resorts World ni pun ada macam-macam fasiliti lain. Aktiviti santai boleh dilakukan bersama family seperti  main pantai, or main di games room. Kat dalam tu ada snooker, karom dan lain-lain. Main chess besar, kira macam dalam cerita Harry Potter tu. Kalau tak, boleh je main golf or pergi  berurut kat spa dia.. Amboii..relax betul tuh !

So, aku dah boleh set date dah dari sekarang……nak dua hari semalam ker? Alang-alang tengah promo bilik yang menghadap ke laut dan access untuk golf course, memang harga mampu kalau bawah RM500 tuhh, berbaloi…….
                                             
Kat mana nak book? Alah, senang sangat kalau book hotel dekat website Traveloka Malaysia .



Situ, banyak giler hotel ada. Nak cara lain, boleh jer  tulis traveloka Malaysia kat Google, nanti keluar lah link untuk website tu. Lepas tu, type dalam search box tu, Resorts World KIJAL, Terengganu. Ha, jangan pilih Genting or Langkawi pulak. Ok, set nak tarikh bila and proceed. Nanti akan keluar jenis-jenis bilik dengan pilihan nak breakfast or tak. Kita kena tengok harga dia kat belah kanan. Haa senang kan? Kalau rasa harga tiket macam agak mahal gitu, kita boleh tekan kat box untuk tarikh, tunggu dia load kejap. Tengok kat tarikh yang bawah dia ada nombor kecik warna hijau. Itu menandakan hari kat mana harga bilik kat hotel tu mostly jadi murah. Pilih tarikh dan bilik yang disukai dan yang penting, masih dalam bajet .

Siap pilih, apa lagiii…..haaa..  proceed untuk booking. Nak lebih banyak discount? Kenalah sign up or login into account traveloka kita. Boleh dapat 20% off kot. Masukkan details yang di minta kat page tu, and proceed dengan bayaran. Ada pilihan untuk bayar penuh or just deposit, depending on the hotel. Then lepas dapat confirmation e-mail, bolehlah kemas beg untuk pergi bercuti! Yihaaaaa !

Tak sabar nak bercuti !!!
Percutian santai dapat menenangkan jiwa :)



5 ulasan:

Thanks For Coming !
Please Left a Comment and Support.
Be careful and Pray the Best.