Pertama Kali Makan Kari Kambing 40 Hari, Johor!

Pertama Kali Makan Kari Kambing 40 Hari, Johor || Alhamdulillah. Syukur masih bernyawa. Haritu cuti Maal Hijrah, aku dengan kawan-kawan singgah ke Restoran Kambing 40 Hari. Selama ni, cuma tengok dari tepi highway aje....Lepastu nanti tanya sendiri, 'Bila lah aku nak singgah sana ekkk?' Walaupun aku sendiri orang Johor, tapi 27 tahun hidup, tak pernah singgah punnn. LOL.



Restoran Kari Kambing 40 ini antara salah satu tempat makan yang menjadi tarikan di Johor. Ianya viral sebab ramai yang suka rasa kari kambing kat sini. Kedai ni besar dan luas, sampai kat luar pun ada tempat duduk untuk makan.


Awal pagi dah bukak, tutupnya pun awal jugak ler

Ramai betul manusia... 
Musim PKP, masih ikut SOP ye.
Bukan main-main pasal SOP PKP nih...

Akak RELA tu memang nyaring suaranyaaa... Tegas. Bagus jugak macamni...
Kita rasa terkawal dan selamat.

Chak! Nasi Arab Kari Kambing 40 hari saya punyaaa!

Dah namanya nak try menu utama, 
memang kami order nasi arab kari kambing 40 hari tuh ler.. Sepinggan RM 13, tapi kalau nak sedulang, harganya RM48 berserta air dalam jug percuma.

Ada je menu lain seperti nasi lemak, mee rebus Gear Box...nanti aku boleh cuba lain hari...

Lepas mengidamkuu! 

Untuk tekak aku, kalau pedas pedas sikit lebih Umphh gituuu...tapi yang ni, manis manis rasanya...

Betullah orang lain review tu, rasanya manis-manis...bukan pedas-pedas tau!
Kena gaul semuaaaa, bagi sebati. Dagingnya lembut, nasi pun sedap.

Actually, boleh pilih nak nasi arab Ayam atau daging. Tapi kami memang pilih kari kambing lah cerita dia..Hehee~ Masing-masing nak rasa keenakan kari kambing 40 hari sendiri....

Geng gila sayaaaa! Huhu

Eh, ajak dorang makan-makan, memang ONZ weyh.. hiks~

Lokasi kat mana ?

ALAMAT :
Air Hitam- 86100 Yong PengJohor, Jalan Besar, 83700 Yong Peng, Johor.

FACEBOOK :

Nak selfie dengan owner tak dapat, dengan signboard kedai pun jadiklaaaaa~
HAHHAHA~

6 comments:

  1. Portion dia banya kan? Macam boleh makan 2 orang. Pastu kambing dia tak bau hamis pun. Aku yg tak makan kambing pun boleh makan dgn berseleranya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part bau Hamid tu betul..mmg xde bau..member x mkn kmbing pun..leh telan menu ni..hihii..seleraaaa sgt wo

      Delete
  2. yang gambar patung tu ke owner dia?

    ReplyDelete
  3. mula baca tajuk entry, ingatkan ada pesta mkan 40 hari berturut2, rupanya nama kedai 🤣
    nampak menyelerakan tu

    ReplyDelete
  4. ni febret ni..teringin pulak aku non...bila nak pergi lagi ni

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐