Positif Jumaat : Apakah Yang Paling Bernilai dan Paling Tidak Bernilai? || Salam Jumaat. Alhamdulillah, syukur masih bernyawa. Ini aku dapat dari group sebelah. Suka untuk aku kongsikan di sini.... Lagi-lagi jenis aku yang ada masanya memang tak dengor nasihat. Peringatan kepada diri Nona sendiri sebenarnyaaaa.. Hihi...
Seorang sahabat bertanya Abu Nawas :
"Wahai Abu Nawas, apakah yang paling berNILAI?"
Abu Nawas menjawab :
"NASIHAT"
Sahabatnya bertanya lagi :
"Jika begitu, apa pula yang paling TIDAK BERNILAI?"
Abu Nawas sekali lagi menjawab,
"NASIHAT"
Sahabatnya HAIRAN......
"Bagaimana sesuatu itu menjadi paling BERNILAI dan juga paling TIDAK BERNILAI?
Engkau tentu silap."
Abu Nawas lalu berkata :
"Aku tidak silap, sahabatku...
Suatu NASIHAT yang diIKUTI, akan menjadi perkara yang paling BERNILAI;
dan
jika NASIHAT itu TIDAK DIIKUTI, ia akan menjadi perkara yang paling TIDAK BERNILAI...
Bergantung padamu mengambil NASIHAT itu."
Aku, engkau, dia..Begitu berharga.
Oleh sebab itu, aku share untuk tatapan semua..
Marilah kita Muhasabah Diri, Dakwah Hati dan Teruskan Berselawat....
#SUBHANALLAH
#MAHASUCIALLAH
#AMAL&SAMPAIKAN
4 Comments
zaman sekarang kalau nasihat orang nanti kena label pendengki!heheh
ReplyDeleteKan... behtul gak tuuu. huhu
Deletemoga kita jadi orang yang boleh dengar nasihat sesiapa pun. ^^
ReplyDeleteAmin ya Rabb
DeleteThanks For Coming!
Terima Kasih Kerana Singgah!