Bacaan Doa Qunut Subuh Dan Hukum Membacanya

Bacaan Doa Qunut Subuh Dan Hukum Membacanya

Bacaan Doa Qunut Subuh Dan Hukum Membacanya|| Solat Subuh merupakan salah satu solat Fardu yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam setiap hari selagi berkemampuan. Berdosa jika ditinggalkan dan harus diganti jika tertinggal mendirikannya. Di dalam solat Subuh, terdapat suatu doa yang perlu dibaca iaitu doa Qunut Subuh. Apakah hukum membaca Doa Qunut Subuh? Bilakah perlu membaca doa Qunut? Apa yang perlu dilakukan jika terlupa atau tertinggal membaca doa qunut? Apa yang pasti, hanya dalam solat Subuh sahaja memerlukan doa Qunut ini dibaca.

Definisi Doa Qunut Subuh

Perkataan ''Qunut'' dalam Bahasa Arab bermaksud berdiri lama, taat, doa dan khusyuk, Dalam istilah pula, Qunut bermaksud sesuatu doa yang dibaca oleh seorang Muslim di dalam solat ketika sedang berdiri. 

“Rasulullah SAW sentiasa membaca doa qunut pada solat Subuh sehingga baginda meninggal dunia.” – (Hadis Riwayat Ahmad).

Subuh

Hukum Membaca Doa Qunut Subuh

Membaca doa qunut Subuh adalah termasuk di dalam perkara sunat Ab'adh. Sekiranya tertinggal atau terlupa untuk membaca doa qunut, seseorang itu disunatkan untuk melakukan sujud sahwi. Walau bagaimanapun, solat subuh tetap SAH walaupun tanpa sujud sahwi ✅


Bacaan Doa Qunut Subuh Dalam Jawi

Doa Qunut Subuh

Bacaan Doa Qunut Subuh dalam Rumi

“Allah humah dini fiman hadait. Wa’a fini fiman ‘afait. Watawallani fiman tawalait. Wabarikli fimaa a’tait. Waqinii syarramaa qadhait. Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik. Wainnahu layadziluman walait. Walaa ya’izzuman ‘adait. Tabaa rakta rabbana wata’alait. Falakalhamdu ‘ala maaqadzait. Wa astaghfiruka wa atubu Ilaik. Wa sallahu ‘ala saidina. Muhammadinin nabiyil ummiyi. Waala aalihi wasahbihi wassalam.”

Maksudnya: “Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah. Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.

Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan. Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.

Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum. Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi. Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.

Dan kami memohon ampun dari Mu dan kami bertaubat kepada Mu. Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya...

Bilakah Doa Qunut Subuh Perlu Dibaca?

Doa qunut dibaca sewaktu solat subuh iaitu selepas iktidal dan sebelum sujud di rakaat terakhir. Bila kita menunaikan solat subuh secara berjemaah dan berimam, maka disarankan imam untuk menguatkan suara saat membaca doa qunut. Tetapi jika menunaikannya secara bersendirian, tidak perlulah membaca doa Qunut Subuh dengan kuat. 


Hikmah Membaca Doa Qunut Subuh

1. Meningkatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T

2. Dihindari dari Pelbagaienis Penyakit.

3. Memperoleh petunjuk hidup untuk berada dalam jalan yang lurus, benar, dan diredhai oleh Allah SWT

4. Menguatkan kecintaan kepada Allah S.W.T


Kesimpulan

Lakukan Pembacaan Doa Qunut Subuh untuk merebut pahalanya. Ingat, sesuatu amalan diwujudkan pasti bersebab Dan sudah semestinya sebab yang baik. Sebaiknya Cuba untuk tidak meninggalkannya.


Baca Juga: Cara Solat Jenazah Lelaki


Post a Comment

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .