Farewell Dinner di Restoran Sri Pantai, Kampung Pasir Putih, Johor || Selesai sudah farewell dinner yang dihadiri department aku sahaja sempena meraikan minggu minggu last our boss, Daisy. Boss yang nak berhenti, boss lah yang belanja! Gituhh! HAHA.... Kami memilih Restoran Sri Pantai yang berada di tepi laut nih. Aku booking dua minggu awal untuk persediaan order menu.
Rambang mata masa tengok menunya kat sini! Kejap kejap pilih tu, kejap kejap pilih lain pulak.... Last-last Daisy cakap gini, order yang set punya terus. Tak perlu pening-pening.. Haaa.. senang!
Baca sini jugak: Resepi Sotong Masak Kicap
Kemain besar nama aku. Kah!
Lima minit sebelum jam 8 PM aku dah sampai menunggu makanan dan orang lain. Jadi aku berkesempatan untuk ambil gambar atau video terlebih dahulu. Haha, dah namanya blogger, memang sebolehnya nak datang lagi awal daripada yang lain, dah macam buat food review ek! Aku excited sebab ada beberapa masakan yang memang aku nak sangat makan. Salah satunya lauk ikan siakap. Aku request masak tiga rasa dan stim limau! Fuh.. Rasanya macam dah lama tak makan siakap. Huhu..
Dalam set 10A yang kitaorang order, terdapat banyak gila menu untuk 10 orang makan! Menu-menunya ialah:
Nasi Putih - 10 orang makan
Ikan Siakap - 2 Ekor
Ketam Bangkang - 1kg
Tomyam Campur - 2 orang makan
Sup Campur - 2 orang makan
Sotong Bakar Meletop - 1 set
Sotong Goreng Tepung - 2 orang makan
Udang Nestum - 2 orang makan
Udang Blackpepper - 2 orang makan
Kailan Ikan Masin - 2 orang makan
Kangkung Belacan - 2 orang makan
Telur Dadar - 2+2 orang makan
Air Minuman - 2 jug
ABC + Cendol - 2 set
FREE Takoyaki Family Set - 1
Ini baru sikit! Tak muat kamera i tau! Kahh! (Baru perasan susunan pinggan tu tak berapa cantik, lol)
5 Comments
Meriahnya makanannya..
ReplyDeleteView pun cantik..
Ha ah, meriah.. memang cantik view nya ..
Deletecantiknya view dia... makanan pun nampak sedap sedap belaka...
ReplyDeletenampak sedap jek semua makanan.
ReplyDeleteMeleleh tengok ketam salted egg dengan udang nestum tu. Semua menu sedap sedap tu nona. Ikan siakap tu yang penting tu sejak jadi harga kayangan. Hehe... Rezeki bakal jadi ex-boss belanja.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .