Jom Berbuka Puasa 2022 dengan 150 Menu 'Kampung Holiday Villa' Buffet di Holiday Villa, Johor Bahru by Monday

Jom Berbuka Puasa 2022 dengan 150 Menu 'Kampung Holiday Villa' Buffet di Holiday Villa, Johor Bahru || Tahun ni dengar dengar dah takkan ada PKP. So, apa lagi, jomlah berbuka puasa kat hotel sekali sekala. Berbuka puasa 2022 dengan makanan ala-ala kat kampung? Sini! Sini! Ya, pelbagai menu berbuka puasa yang enak dan memuaskan hati kalau singgah Holiday Villa masa bulan puasa nanti. Lagi syok makan bersama dengan yang tersayang lah.

Bukan sahaja menu yang sedap belaka tapi tempatnya selesa, bersih dan selamat untuk dimakan. Rambang mata nak makan mana satu sebab kat sini ada kelainan yang Nona jumpa!

 Antaranya ialah ada stall waffle, cotton candy, jajan corner, LIVE orang masak atas pentas, LIVE masak dodol dan booth pentas bergambar yang cantik! Aku suka sangat!!! Serious memang enjoy lah kalau berbuka kat sini!

Holiday Villa

Hai, Selamat Hari Raya saudara saudari sekalian! Tibber~

Nona bersama baju kerja pun bolehlah! Haha! Jom tengok beberapa menu yang menarik kalau korang ke sini bulan Ramadan 2022 ni. Antara menu yang Nona suka ialah Kambing Golek Nasi Kabuli, Daging Masak Hitam, Sup Meletop, Kerabu Daging, Ikan Patin Masak Tempoyak dan Durian Goreng! 


Holiday Villa

Kambing Golek

Kambing Golek Nasi Kabuli! 

Aku ngap itu kambing, banyak shedappp! Ngam pada tekakku! Makan bersama kuahnya, of course la menyelerakan.

Ikan Patin Masak Tempoyak

Ikan Patin Masak Tempoyak.

Ada jugak lala masak lemak dalam kuali kawah gini.. Sedapp belaka!


Ulam-ulaman segar

Kerabu Daging


Aneka Sambal

Serunding

Aneka Serunding


Aneka Kerabu


Udang Sambal atau Sambal Udang. Maknanya sama aja. Janji sedap. Haha


Kerabu Kaki Ayam. Haaa..makan kaki ayam ke tuh??
Kaki ayam tu bagus untuk kecantikan tau.

Sup

Sup Meletop! Ini bahan bahan yang perlu dicampur dalam sup meletop nanti. Hehe..

Lemang

Dah rasa nak raya bila tengok menu nih. Lemang tu lembuttt sangat. Aku rasa lah sebijik sebab member ambil lebih.




Kue Teow Goreng

Kue Teow.

Rasa-rasa tak nak nasi, makan lauk pauk dengan kue teow goreng ni lah. Seterusnya, aneka goreng-gorengan yang digoreng kat atas pentas!! Aku teruja! Hahaha..Tapi pentas tu tak tinggi mana lah. Cuma bagi aku first time tengok orang menggoreng atas pentas sambil duduk bersimpuh gitu... Comey lah awek ni. HAHA..Pentas tu pun cantik hiasannya. 

Buffet Ramadan

LIVE menggoreng atas pentas.

Keropok lekor

Nyum! Selain keropok lekor, terdapat pisang goreng jugak.

Fresh salad 
Fresh salad! I'm on diet! Konon!


Keropok goreng, dan kerepek raya pun ado!

Murtabak

Murtabak dan roti jala pandan. Kulit murtabak tu tak berapa lembut, so aku makan isinya je. Sedapp!


Sate

Bako-bako uii!


Buah buahan

Buah-buahan wajib ada, tak sah kalau takda.


Ramadan buffet

Selfie kejap dengan beliau, bini orang. Hehe.. 

Soalan: Nona, durian tu ada orang bukak dan belah ker nanti?
Jawapan: Taklah, ini simbolik untuk durian goreng jer.

Durian Goreng





Dessert

Kek


Jajan

Siap jajan corner! Bebudak mesti suka! Terbaik lah Holiday Villa! 


Deretan minuman. Kopi pun ado!



Pop Corn, waffle, cotton candy pun ada!



Dodol digaul LIVE! Lama jugak digaul weh, bermula daripada time aku makan sampai habis makan, baru siap dodolnya...Sempat rasa sikit sebelum pergi Maghrib...Manisssnya! Memang sikit je la try.



Inilah sup meletop tu. Boleh pilih nak letak paru, atau daging. Memang sedapp oi! Kalau datang sini, sila lah cuba ye. 


Buffet Ramadan 2022

Ini antara menu yang aku dan Fatin try. Ulam pun aku makan...


Kampung Holiday Villa

Tak sabarnya nak bertemu Ramadan.


Ops, bukan nak menunjuk. Just nak bagitahu kalau rasa-rasa tak sempat nak Maghrib kat rumah, bolehlah solat kat sini. Ada surau yang luas disediakan kat tingkat 10, setingkat je dari tempat berbuka, cuma kena ambil wudhu tempat lain. Dan ada lagi satu surau yang memiliki tempat wudhu, saiz kecil sikit. 

Kampung Holiday Villa Buffet

So overall, sangat satisified! Menu menu yang enak, muzik yang meriah, hidangan pun meriah dari dalam sampai ke luar pintu (kuali berkawah), permandangan yang indah di bahagian luar, suasana agak romantik sebab cahaya lampu warna oren gituh. Senang cakap, confirm puas hati dengan harga yang dibayar woi! Takda kerugian dengan kenikmatan yang diberikan.. Hehe.. 

Kampung Holiday Villa Buffet


Kampung Holiday Villa Buffet @ Holiday Villa Johor Bahru

Fern Pine Cafe, Level 9
5 April - 1 Mei 2022
6.30 pm - 10.00 pm

RM128 nett per Dewasa
RM88 nett per Warga Emas (55 tahun ke atas)
RM58 nett per Kanak² (5 - 12 tahun)/OKU

EARLY BIRD (sehingga 4 April 2022)
RM98 nett per Dewasa

Untuk tempahan dan pertanyaan:
📞 +60166794278/ +6072903367



Post a Comment

8 Comments

  1. Tahun lepas datang makan sini, paling banyak makan rendang daging dia, sedap gilerr..

    ReplyDelete
  2. Selain buffet Ramadan kena sedap mesti ada kelainan untuk tarikh orang datang.
    Maklumlah banyak hotel buat.

    ReplyDelete
  3. pperggghhhhh meriah betul! kalu dkt sy pun nk terjah jg

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐