Saya Sudah Mengundi dalam PRU Dewan Negeri Johor ke- 15

Saya Sudah Mengundi dalam PRU Dewan Negeri Johor ke- 15

Saya Sudah Mengundi dalam PRU Dewan Negeri Johor ke- 15 || Alhamdulillahhh. Settle mengundi untuk PRU Dewan Negeri Johor ke- 15! Nak simpan gambar jari dicelup inai ink je.. Haha.. Moga yang terbaik buatmu, negeri Johor, dan Malaysiaku! Dulu kali pertama mengundi, teruja betul. Time tu belum Covid. Meriah!!! Ada pelbagai jualan di halaman sekolah. Jumpa kawan lama, jiran, cikgu dan macam macamlah..

Tapi kalini pergi untuk PRN Johor dalam musim Covid, of course dah tak semeriah dan tak sibuk seperti dahulu lagi  Ada banyak saluran yang disediakan..Segalanya lancar dan mengikut SOP yang ditetapkan. Saja pergi awal nak tengok keadaan dan kemeriahan tahun ni. Tapi ternyata bila sampai tu...suasana tenang, dalam 10-15 minit je settle! Haha.. Masuk bilik sorang sorang, disebut nama sambil didengari beberapa orang yang lain... Segan jugak ek. Kena bukak mask kejap, nak tengok betul tak muka kita dengan dalam IC. Mujur dah tepek foundation dan calit bedak sikit.... Hahahahaa.. 

PRN JOHOR

Undi siapa?? RAHSIA! 😂

PRN JOHOR

Okaylah, tak sabar nak tahu result malam nanti. Rasanya ramai jugak tak mengundi sebab kuarantin dek kerana Covid... Tapi kalau anda contact rapat yang bergejala, ada bilik khas disediakan (Mengikut info dalam TV). Kalau kat tempat Nona mengundi, mereka sediakan tempat khas jugak.. Special gitu..

Apa pun, moga keputusan tu yang dipersetuji ramai dan terima sebaiknya bila diumukan nanti. Saya keep support! Korang warga Johor, dah mengundi belum tuh? Ayuh jalankan tanggungjawab anda! 

#YokNgundi #PRNJOHOR  #PRUdewannegerijohor

Post a Comment

4 Comments

  1. Alhamdulillah.. tunggu keputusannya malam ni

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah, tahniah Nonn.. Sis ko tahun ni terkilan gak tak dapat mengundi..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..dah mengundi jugak. Selesai satu perkara.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..dah mengundi jugak. Selesai satu perkara.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .