Happy Mothers Day 2022

Happy Mothers Day 2022

Happy Mothers Day 2022 ||  Alhamdulillah. Aku masih diberi peluang bersama insan yang kugelar 'emak'. Diriku masih boleh sebut dan panggil 'emak'. Bangun tidur atau sebelum tidur, masih boleh nampak emak, dengar suaranya dan bebelannya. Haha..  Bersyukur. Walaupun kadang kadang rasa malas nak mendengar mak marah marah atau bebel. Tapi itulah insan yang melahirkan kita di muka bumi ini.. Yang berperang antara hidup dan mati untuk anak anakmya meneruskan kehidupan. 

Bila rasa nak marah, kena ingat semula 'ITU MAK KAU. Jangan derhaka sangat ehhh!' Gituhh.. 

Kek Marble

Order favourite cake my mom on this day and duit raya...Hari raya pertama haritu saja tak bagi....Hahahaha... 

Dalam ketegasan seorang ibu, sayangnya tak berbelah bagi untuk anak anak, dalam bebelan yang dilontarkan, terselit kerisauan dan pengajaran terhadap anak anaknya. 

Namun aku tidak lupa, bahawa ibu, mama, emak, bonda, adalah pinjaman sementara. Tiba masa, kena pulangkan semula dan tak akan bersama. Entah siapa pergi dulu.. Sobbbs!  Apa pun, hargailah sementara masih ada, kumpul sebanyak pahala yang boleh, bermesra dan bermanja sebaiknya. Sebelum memasing kena 'pergi' dan tidak berjumpa lagi. Allahuakbar. 

Mothers Day

My beloved mom. Tak nak orang lain ganti. No replacement.

Semoga emak Nona panjang umur, sihat, diberkati Allah dan dipermudahkan urusan kehidupannya.. Amin ya Rabb! 

Sedikit petikan copy dari group WhatsApp dan diolah sedikit, agak lucu kubaca...Haha..


Panggilannya dan gelarannya.....

Emak 💕 

Ibu 💕

Umie 💕 

Bonda 💕 

Mama 💕

Mummy 💕


Yang sejati Ibu Kandung,

Yang famous Ibu Tiri,

Yang Ringan Ibu Angkat,

Yang Miang Ibu Keladi,

Yang Tembam Ibu Roti,

Yang Penting Ibu Jari

Macam macam Ibu ada.....


Hari hari pun hari ibu patutnya. Diharapkan ibu korang pun sihat serta bebaik saja kehidupannya. Amin... 

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu atau emak, umi, mama, mamak, atau mummy atau apa apa gelaran buat bonda tersayang di dunia ini, dan bakal ibu yang ada anak di dalam perut. Teruskan berjuang dan jalankan tanggungjawab sebagai bonda terbaik buat keluarga. Syurga buat semua 🌹





Post a Comment

11 Comments

  1. Happy mother's Day buat mak nona...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks... Happy Mothers Day too ye.... 🌹

      Delete
  2. Replies
    1. HMD... Moga semua ibu bertabahlah dalam menjalankan tanggungjawab.. Amin

      Delete
  3. selamat ari ibu utk mak nona.. =)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, masih ada Mak, masih luas pintu Syurga tu.

    ReplyDelete
  5. slmt hari ibu buat ibu nona dan semua ibu, selamat hari raya nona

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank youu... ya.. Selamat Hari Ibu to all ibu... Hehe.. Selamat Hari Raya jugak eh...

      Delete
  6. selamat hari ibu buat bonda nona dan selamat hari raya!!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .