Kenyangkan Perut dengan Mee Ayam Soto kat Food Court, Today's Market, Seri Alam || Ini kisah hari Hol baru baru ni. Tak tahu nak kemana tapi teringin nak keluar rumah.. Pastu rasa malas mahu hadap jammed yang teruk sangat maka ke Todays Mall, Seri Alam jer. Inilah tempat aku selalu tonton wayang. Tapi cuma wayang biasa je yang ada.. Takdalah 4D or IMAX pulak 😅
Lepas habis shopping beberapa barang, aku ngan emak singgah food court yang ada kat situ..Ianya agak baru direnovate tahun ni sebab food court lama telah dirobohkan last year tak silap.
Nampak ada banyak jugak pilihan makanan kat sini tapi tempat duduk tak sebanyak dulu. Semua kedai jual berlainan menu. Ada Western food macam sizzling tu, spaghetti, Indonesian, Asam Pedas, roti canai, sate dan banyak lagi menu yang dijual untuk semua.
Percubaan pertamaku singgah sini, order Indonesian food.. Dan mak aku order roti canai kosong. Dengan harapan semua sedap ler. Tapi gambar yang ada cuma menu aku je..Haha.... Roti canai situ tak berapa nipis dan garing yang macam mak i nak 😅
Mee Celup Soto namanya terpampang kat papan tanda kedai tu. Tapi tengok balik list menu yang diletak kat rak tu, Mee Ayam namanya. Hoho..
Tak kisahlah apa pun namanya, janji sedap, halal dan mengenyangkan, tu dah cukup rasanya.. Haaaa, benda sedap, kita share ❤️
10 Comments
Tertarik pulak dengan Mee Ayam tu. Ianya masakan mee Indonesia. Nak kena cari ada jual tak kat kedai indo yg dekat dgn umah ni.
ReplyDeleteKan.. Menarik tertarik gitu.. Ya.. masakan Indonesia . Haaa.. cari kak.. hehe
DeleteByk tempat yg tak pergi lagi kat JB skrg. Rindunya life di JB satu masa dulu.
ReplyDeleteOo.. Sila ler pergi.. hehe.. Mmg ada je tempat baru dan baru lagi..
DeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteJomm Non, nanti teman Sis pulak makan sini hehehehe
ReplyDeleteHaha..Onzz! Bila, birthday ker??!
DeleteKenal soto sahaja. Mi ayam macam menarik sebab ayam berempah.
ReplyDeleteKan, sy baru tahu gak..so shedappp
DeleteBaru tahu ada menu Mee Celup Soto. Ingatkan ayam rendang, ayam rempah rupanya. Lain pulak sambal dia ye. Biasa orang Johor jenis sup ni makan dengan sambal kicap.
ReplyDeleteThanks For Coming!
Terima Kasih Kerana Singgah!