Tahniah Malaysia! Tahniah Johan dan Peserta Majlis Tilawah dan Menghafaz Al Quran Peringkat ke 62 Tahun 1444H/2022M!

Tahniah Malaysia! Tahniah Johan dan Peserta Majlis Tilawah dan Menghafaz Al Quran Peringkat ke 62 Tahun 1444H/2022M!

Tahniah Malaysia! Tahniah Johan dan Peserta Majlis Tilawah dan Menghafaz Al Quran Peringkat ke 62 Tahun 1444H/2022M! || Setelah berhari hari rancangan ini bersiaran langsung di TV1, maka harini berakhir sudah penantian dan debaran tentang siapa bakal menjuarai pertandingan untuk tahun 2022. Aku sempat rakam peserta Qariah wanita dari Malaysia melantunkan alunan suaranya sewaktu membaca Al Quran. Memang merdu, cuma aku taklah rakam sepanjang beliau mengaji sampai habis. Kuselitkan di hujung entri ye videonya. Alhamdulillah! Alhamdulillah! 

Info dari Facebook page:

Majlis Tilawah Al Quran

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62 Tahun 1444H / 2022M akan bermula pada 19 hingga 24 Oktober 2022 bertempat di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC).

Seramai 41 orang peserta melibatkan 31 buah negara menyertai MTHQA Ke-62 kali ini dan akan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bertarannum. Pelbagai pengisian menarik akan disajikan untuk anda semua sepanjang MTHQA ini berlangsung.

Keluarga Malaysia yang ingin menyaksikan MTHQA Ke-62 secara fizikal, dijemput hadir ke Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) bermula jam 8.45 malam. Tempat adalah terhad.

Siaran langsung bermula jam 8.45 malam di RTM TV1 dan media sosial rasmi JAKIM.


Qariah Malaysia

Qari Bahrain

Tahniah kepada semua peserta dari pelbagai negara. Congratulations to all participants from many countries! Alhamdulillah! 

𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗲𝗱 𝗦𝗮𝗺𝗲𝗲𝗿 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗲𝗱 𝗠𝗮𝗴𝗮𝗵𝗲𝗱 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗕𝗮𝗵𝗿𝗮𝗶𝗻

Johan Qari

Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-62 Tahun 1444H/2022M

𝗦𝗼𝗳𝗶𝘇𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗠𝗼𝘂𝘀𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮

Johan Qariah

Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-62 Tahun 1444H/202M


Syukurlah.. Nah sedikit sedutan:



Post a Comment

8 Comments

  1. Alhamdulillah, tahniah buat johan Qariah dari Malaysia dan johan Qari dari Bahrain. Saya terlepas tengok malam tadi sebab badan rasa tak sihat. Mujur boleh tengok balik siaran di YouTube.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish, tak sihat ye.. get well soon .. Banyakkan rehat ye..

      Delete
  2. Tengok keputusan semalam dan bacaan kelmarin.
    Juara qari pun merdu suara.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah!
    Bagus ada program antarabangsa begini. Barulah terserlah Malaysia sebagai negara majoriti Muslim.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Qari dan Qariah yang menang. Alhamdulillah wakil Malaysia menang Johan Qariah.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .