Nikmati Hidangan Citarasa Serantau pada Ramadan Nanti di Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton, JB

Nikmati Hidangan Citarasa Serantau pada Ramadan Nanti di Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton, JB

Nikmati Hidangan Citarasa Serantau pada Ramadan Nanti di Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton, JB ||  Hai korang, next week dah Ramadan ye! So harini Nona nak share lagi supaya korang pun tak ketinggalan untuk menikmati kesedapan menu yang disediakan dalam tema 'Citarasa Serantau' ni pada bulan Ramadan nanti 🀩. 

Ya, kalini menu Citarasa Serantau merujuk kepada tekak orang kita di negara ni Dan ada beberapa menu Dari negara Jiran seperti di Thailand Dan Indonesia. Wow, nice, kan!

Lamb Shank

Lamb Shank Briyani

Slow Cooked Hyderabad Style Clay Pot "LAMB SHANK BIRYANI". Special menu! Sedap sangat! First time makan Masakan camni. Ehhh..sedapnya! 😍 Gaulkan nasi bersama sama lamb yang lembut isinya...Perghhhh.. Padu! 

Beef Wagyu

BBQ Style Wagyu Beef Brisket

Sedap, Kak Hernee pun cakap sedap! Jadi semestinya sedap!

Harissa

Harissa Kambing Golek 

Doubletree

Menu dalam kawah camni pun ada. Nanti abang tu tolong cedok. Hihi... Antara yang ada macam kat bawah ni 😁

Siput sedut

Siput Sedut Masak Lemak Cabai Burung.

Nyott! Nyott! Puas Hati makan siput kat sini beb.. Oh yaaaa! Mereka akan rotate menu ye.. Tidaklah semua menu akan sama dijumpai everyday serentak...Huhu..

 Antara lauk lain dalam kawah adalah Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak, Terung Berlada, Ayam Masak Merah, Pajeri Nanas, Dan banyakk lagi! 😍 Tak ketinggalan Masak Asam Pedas in Hot Pot! Ada Asam Pedas Ikan Siakap, Beef Tetel, Dan Asam Pedas Ayam! Mantap menyelerakan!! 

Kerabu pun ada pelbagai, datang bersama sambal belacan Dan ulam ulaman yang lain. Telur Asin, ikan masin..Haa..Banyak lagi tau! Jangan lupa try bubur Lambuk, menu berasaskan durian seperti durian goreng, serawa doyan Dan lain lain menu yang sedap belaka! Peking duck pun ada! Memang berulang Kalau makan itik ni..Hahaa..

Udang

Udang Galah Kam Heong

Kerabu sotong

Kerabu Sotong Berserai

Cheezy Kunafa

Cheezy Kunafa.

Bukan setakat kunafa, baklava pun Ada. Ish... Menarik menu menu kat sini! 

Rendang Tok

Short Ribs Beef Rendang Tok.
Sesuai sangat dimakan bersama sama Lemang, Nasi Impit, Ketupat Palas atau Nasi, Burasak, Serunding Dan lain lain 🀩

Air Katira

Aku suka betullah air Katira ni! Bukan disapu garam tepi tu tapi kelapa! Ehhh sedapnyaaa bila digabung masuk mulut aku 🀩 

Selain tu, apa yang Nona suka sangat ialah Makan Kitchen ni turut menyediakan pelbagai station lain seperti soup station, laksa station, Chinese Dan Indian station! So of course sangat menyelerakan serta mengenyangkan. Takda isitlah tak tahu nak makan apa. Sebat semua Kalau boleh.. Hahaa.. Yang tak Selera pun kalau datang sini, confirm berselera terus! Kahhh! 

Korang terliur tak tengok??  More pictures in my Facebook personal (Jangan lupa follow sekali πŸ˜†) 

CITARASA SERANTAU

πŸ—“️: 23 March -21 April 2023
Time: 6:30 PM -10:00 PM
Location: Makan Kitchen at Lobby Ground Floor

πŸ‘‰PRICE
Adult: RM198 Nett
Child: RM99 Nett

πŸ‘‰ CHILD BELOW 5 YEARS OLD IS FREE.

ENJOY EARLY BIRDS! (Buy on 1-15 March 2023)
Buy 4, Get 1 Free OR Buy 5, Get 1 Free 

πŸ‘‰CONTACT:
πŸ“ž: +607 268 6868
Email: JohorBahru.FB@hilton.com

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .