Jenis Jenis Warna Hijau Dan Kelebihannya

Jenis Jenis Warna Hijau Dan Kelebihannya

Jenis Jenis Warna Hijau Dan Kelebihannya || Harini pada 15/11/2023, ramai yang mengenakan warna hijau pada pakaian masing masing tak kira baju, seluar, tudung Dan sebagainya. Ini bagi menunjukkan sokongan solidariti terhadap P4lestin. Sambutan meriah kat dalam Malaysia ni. Seronok tengok warna hijau. Tahu tak ada banyak jenis Warna Hijau dalam Dunia ni? Warna Hijau gelap sampailah ke warna hijau terang. Unik Dan menarik fakta tentang warna hijau sebenarnya. Jom ketahui jenis jenis Warna Hijau Dan Kelebihannya. 

Pencinta hijau mesti suka Dan Setuju dengan Kelebihan yang dimiliki pada warna hijau. Hijau mana satu yang menjadi kegemaran korang? Boleh dah pilih baju untuk tema raya pulak nanti 🀩  Kebanyakan pasukan beruniform tentera Dan darat pun berwarna hijau. Ianya melambangkan kesegaran, kedamaian, nature Dan santai. Hijau sering dikaitkan dengan warna pokok (Alam semulajadi). Selain itu, warna hijau pun merupakan warna favorite Rasulullah S.A.W πŸ’š 

Pokok Hijau

Jenis Jenis Warna Hijau

Terdapat 22 jenis Warna Hijau yang berbeza beza Dan di setiap warna, ada kod warna yang boleh dirujuk untuk digunakan semasa pembelian warna cat, sofa kereta Dan sebagainya. 

  • Hijau Lime
  • Hijau Teh
  • Hijau Sage
  • Hijau Artichoke
  • Hijau Islamic
  • Hijau Olive
  • Hijau Emerald
  • Hijau Pastel
  • Hijau Teal
  • Hijau Neon
  • Hijau Mint
  • Hijau Forest
  • Hijau Celadon
  • Hijau Aquamarine
  • Hijau Seafoam
  • Hijau Kelly
  • Hijau Hooker’s
  • Hijau Alpukat
  • Hijau Asparagus
  • Hijau Pear
  • Hijau Army
  • Hijau Midnight
Hijau

Antara variasi warna hijau πŸ’š✅

Apa Kelebihan Warna Hijau Mengikut Pandangan Psikologi

1. Dapat membantu seseorang yang berada dalam keadaan tertekan bagi menyeimbangkan emosi

2. Memudahkan keterbukaan dalam berkomunikasi. Ini kerana warna hijau mempunyai efek rileksasi dan menenangkan.

Info Dari: myhealth 


Sebab Penggunaan Warna Hijau di Dalam Hospital

Seringkali kita melihat di dalam bilik bedah, doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Betul tak?

Ya, pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan.

Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk Dan Nyaman.

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau memang sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, kerana warna hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.

Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda yang berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh atau anggota badan yang berlumuran darah ketika pembedahan. 

Melihat warna merah dalam keadaan terlalu lama menyebabkan mual dan otak boleh menjadi terlalu sensitif terhadap warna merah tersebut.

Alasan lainnya ialah jika terlalu fokus terus meneruskan pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.

Maka sebab itu, sekiranya warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini dapat memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan para doktor.


Perkataan Hijau di dalam Al Quran

Maksud ayat dalam Surah Al Insan Ayat 21;

“Mereka di dalam Syurga memakai pakaian HIJAU yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”

Kesimpulan

Begitulah serba sedikit mengenai warna hijau. Warna warna yang positif memainkan peranan dalam kehidupan seharian kita. Bolehlah selitkan warna hijau selalu ye dalam list barang kita .Ada yang dah jatuh cinta dengan warna hijau? Hehe

Tudung Hijau

Izinkan saya selitkan gambar owner blog dalamni. Banyak variasi warna hijau pada tudungku, kan πŸ˜‚ #filtergambar





Post a Comment

12 Comments

  1. Dalam kepala, mak kau hijau~ astagaaa.. Tapi hijau daun memang healing je tgk.

    ReplyDelete
  2. Saya memang suka warna hijau. Hijau kegemaran ialah hijau buah zaitun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Whoaaa..baguslah jadikan hijau as warna kegemaranmu πŸ’šπŸ’šπŸ’šπŸ’š

      Delete
  3. Suka tengok warna hijau forest dgn hijau sage.

    ReplyDelete
  4. memang suka kehijauan pokok2 rasa tenangg jiwa tp kalau bab baju lebih tertarik dgn yg hijau olive.

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang baik. hijau ni memang tenang je, Nabi pun suka warna hijau kan.

    ReplyDelete
  6. Ada beberapa warna hijau dalam lemari bajuku,olive ,lime dan Sage....

    ReplyDelete
  7. Saya suka warna hijau sebab acah2 macam askar.

    ReplyDelete
  8. Askar juga menggunakan warna hijau kerana sama dengan warha tumbuh-tumbuhan dalam hutan

    ReplyDelete
  9. Oh jadi paham kenapa dokter pakai hijau di rumah sakit. Saya sebenernya favorit warna itu merah kak. Suka sangaaat merah ❤️❤️.

    Kalau hijau bukan tak suka, tapi tak sesuai dengan tone warna kulit saya. Kalo pakai hijau, saya cendrung gelap jadinya, makanya saya tak banyak koleksi hijau di outfit. Ada, tapi itupun hijau Sage. Atau hijau lime. Hijau lainnya saya tak bisa pakai.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .