Pindah Rumah: Barangan Untuk Dikemaskan

Pindah Rumah: Barangan Untuk Dikemaskan

8 Barangan Utama Yang Anda Perlu Kemas Apabila Pindah Rumah || Adakah anda akan berpindah rumah tidak lama lagi? Pengemasan barang untuk pemindahan rumah boleh menjadi tugas yang sukar dan anda mungkin tidak tahu di mana anda harus bermula. Anda boleh bermula dengan barangan yang jarang anda gunakan dan teruskan pengemasan dari sana.

Sebelum Anda Bermula Semasa mengatur pemindahan rumah, terdapat beberapa tugas yang perlu anda lakukan sebelum anda mula mengemas: 

• Pembuangan barangan yang tidak lagi digunakan untuk mengurangkan jumlah barang yang perlu dikemas 

• Sediakan senarai semak tugas untuk pemindahan 

• Sediakan inventori barang isi rumah yang perlu dikemas dan dipindah 

• Beli kotak dan bahan pengemasan yang diperlukan 

• Dapatkan sebut harga dan pilih syarikat pemindahan yang menawarkan perkhidmatan lori sewa yang boleh dipercayai

Servis Pindah Rumah


Barang Apa Yang Perlu Dikemas Dulu? 

Ini adalah berbeza bergantung kepada gaya hidup anda tetapi anda boleh mengemas sesetengah barang yang jarang digunakan beberapa minggu atau bulan lebih awal. 

1. Barangan dalam Bilik Stor 

Pasti terdapat banyak barang yang disimpan di dalam bilik stor yang tidak akan digunakan dalam beberapa minggu sebelum anda berpindah, seperti perhiasan rumah dalam kotak, peralatan berkebun dan peralatan perkhemahan.

2. Gambar, Lukisan Seni dan Perhiasan

 Kebanyakan barang seperti gambar, barangan seni dan perhiasan dekorasi rumah boleh dikemas dengan lebih awal supaya anda mempunyai masa untuk memastikan barang itu dibalut dan dilindungi dengan betul. Anda juga boleh membalut pasu dan cermin rumah dengan bahan pembungkusan yang tebal.

3. Barangan Koleksi 

Jika anda mempunyai banyak koleksi barangan yang berharga, atau mudah pecah, kemaskan barang ini lebih awal. Luangkan sedikit masa untuk mengemas barangan ini dengan berhati-hati. Bergantung kepada koleksi anda, anda mungkin perlu mengkatalogkannya.

 4. Selimut, Cadar dan Tuala 

Selimut, cadar, dan tuala tambahan anda boleh dibungkus lebih awal. Tinggalkan satu set untuk minggu terakhir sebelum anda berpindah

5. Buku Dan Foto Album

Ia boleh mengambil masa untuk mengemas buku jika anda mempunyai koleksi yang besar. Memandangkan anda mungkin tidak mempunyai banyak masa membaca dalam minggu-minggu sebelum pemindahan, kemaskan buku dan album foto sebelum itu. 

6. Peralatan Dapur 

Peralatan dapur yang jarang digunakan boleh dikemas dengan lebih awal, seperti mesin membuat kek dan blender. Selain itu, anda juga boleh mula dengan mengisi kotak dengan pinggan mangkuk dan barangan dapur lain yang jarang digunakan

7. Peralatan Sukan 

Peralatan sukan seperti raket dan bola yang bersih dan kering juga boleh dikemas dengan lebih awal. 

8. Alat Permainan 

Alat permainan boleh dikemas dahulu. Biarkan anak anda memilih beberapa alat permainan kegemaran mereka untuk disimpan dan kemaskan yang lain. Bersihkan alat permainan dengan baik semasa anda mengemasnya. 

Anda boleh mertimbangkan pasukan Mover2U untuk jika anda bercadang untuk pindah rumah atau pindah pejabat di Kuala Lumpur, Damansara dan Petaling Jaya. Mereka mempunyai perkhidmatan lori sewa 5 tan dan lori sewa tailgate untuk menghantar barangan berat dan berat di sekitar Lembah Klang pada harga yang berpatutan. 

Jika anda mempunyai banyak perabot lama, tilam dan barangan rumah yang tidak lagi diperlulah dan perlu dibuang sebelum berpindah, anda juga boleh hubungi mereka untuk khidmat buang perabot lama.

Lori pindah rumah




Post a Comment

9 Comments

  1. eh ingat awak pindah rumah tadi ehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...tidak ler.. Dulu la pernah pindah rumah satu kali 😅 Penat betul! 😆

      Delete
  2. Selamat pindah rumah... ijin saya follow blognya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee..Thank youuu! Boleh, nanti saya follow back yeee ✅

      Delete
  3. Saya belum mengalami yg namanya pindah rumah 😄. Pindah kos/homestay saat kuliah palingan. Itu tak sulit Krn tak banyak barang. Tapi kalau sudah menikah, dah berkeluarga, lalu pindah, pasti beda cerita kan. Banyak sangat barangnya 😄. Memang butuh tenaga profesional

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee..zaman Universiti tu tak banyak sangat..barang sendiri aje...tahu nak angkut yang mana, boleh standby tengok mana perlu atau tak..Kalau dengan family..barang yang kita tak berapa guna tapi mak nak pakai or suruh simpan pun kena angkut sekali 😂 Itu yang penat betol 😂😂

      Delete
  4. tak suka pindah rumah...sebab tu sepanjang kawin baru sekali je pindah dan ini pindah yg forever punya

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .