Beli Kuih Serabai Kuah Durian kat MaQan Food Fest 2025, Plaza Angsana, JB|| Baru baru ni, settle je kerja kat area Tebrau, teruslah aku ke MaQan Food Fest 2025, Plaza Angsana, JB with my beloved mom. Alang alang dah keluar rumah. Kita Teruskan perjalananan. Festival ni memang saban tahun pun berlangsung setakat ni.
Nona ternampak satu kuih rare Dan jarang dijumpai di sekeliling Nona. Tengok pulak kuahnya tu ada kuah durian plus ramai yang beratur maka haruslah daku try jugak takut teringat ingat kalau tak Cuba.. Kuih Serabai Kuah Durian namanya Tapi ada je kuah kuah lain selain durian yang dijual. Cuma pada asalnya memang lebih menyelerakan bersama kuah durian lah. Ianya popular kat Melaka, Dan Pulau Pinang. Dan selalunya time Ramadan baru keluar ataupun time kenduri tahlil. Digelar jugak sebagai 'kuih mayat'. Ui.. Patutlah jarang jumpa ek...
Kuih Serabai ialah kuih tradisional Malaysia yang diperbuat daripada tepung beras dan nasi, dimasak nipis seperti lempeng dan dimakan bersama kuah manis gula melaka dan santan, atau kuah durian.





4 Comments
Aku pergi semalam, tak ramai sangat maybe last day tapi cuaca cantik, tak hujan. Weh habis beli mana nak beli hahahahaa
ReplyDeleteHa ah kot, ramai bercuti ke tempat lain sambung hari Malaysia...
Deletesedap ni..jarang jumpa .
ReplyDeleteAl Fatihah buat arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...aamiin...
Ohhh ini kalo dj sini sebutnya kue serabi. Paling banyak ditemui di Bandung atau daerah Jawa barat. Kuahnya pake durian atau bisa juga gula merah. Sedaap memang. Tapi serabi dah banyak dimodifikasi untuk rasa.
ReplyDeleteAda yg rasa jagung manis, Macam2 lah. Makanya setiap ke bandung, saya pasti cari serabi. Serabi kuah durian disana memang sedap lah
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .