Join JB Car Free Morning di MBJB, Jalan Dato Onn || Selamat Hari Malaysia semua! Cuti ke? Nona kerja harini. Nak cerita tentang Kisah 14 September lepas, Nona join JB Car Free Morning!  Apa itu JB Car Free Morning? Aktiviti bebas tanpa penggunaan kereta di pagi hari seperti fun run, fun walk Dan fun ride with bicycle. Takda bayaran. It's FREE! Baju bebas! Ya, hari Ahad, 14 September 2025 baru ni, aku dengan adik join Program JB Car Free Morning kat Bangunan MBJB, Jalan Dato Onn. Lokasinya berdekatan dengan Bazar Karat JB, Mahkamah Dan lain lain. Setelah sekian lama tak join aktiviti camni, finally terasa nak join! Walaupun tahu lelemak kat badan ni sangat degil Dan body pun tak fit mana, aku tetap nak try sebab dah berhari hari rasa sedih dengan berita pemergian arwah anak kepada sepupu mak aku. Suka usik dia time kecik dulu sebab cute budaknya..Walaupun tak rapat dengan arwah tapi tetap terbayang bayang masa arwah hidup. Al Fatihah buatnya.
Cuaca elok pagi tu. Tak hujan ataupun guruh. So procede jela dengan plan ni. Ajak adik sekali sebab dia minat gak aktiviti aktiviti Gini. Aku keluar rumah seawal 5.35 pagi sebab nak amek adik dulu kat satu perhentian ni. Dalam initiary yang disediakan, para peserta mula hadir pada jam 6.30 pagi Dan bagi yang terawal akan dapat nombor untuk lucky draw 😍  Hanya 10 winner je dicari.
Selfie dulu, amek mood!
Lebih kurang jam 6.15 pagi sampai setelah tersalah jalan sikit. Ye, Salah Masuk lorong. Biasalah pepagi kan.. Mamai lagi tengok Apps Maps tu. Huu... Syukurlah jalan raya tak sibuk sangat pagi Ahad. So nak uturn ke apa, tak amek masa begitu lama. 
Disebabkan dah register online malam sebelum tu, pagi tu kami tak perlulah beratur lagi untuk register. Just tunjuk Bukti dah register, lepastu boleh amek epal serta air mineral FREE yang disediakan untuk para peserta. Disebabkan ni free event, takda pembayaran yang harus dibuat, takda la dapat baju Dan jugak medal. Hehe.. FREE jer, Masuk suka suka..
Settle register semua, lagu Negaraku Dan Lagu Johor berkumandang di seluruh Kawasan tu. Lepastu yang nak join fun ride, ada basikal FREE disediakan (Selagi ada. Siapa cepat dia dapat). Senamrobik pun ada sebelum acara dimulakan. Ini sebagai aktiviti pemanasan badan ler. 
Flag off untuk fun ride dulu. Bila semua basikal dah maju ke hadapan, Barulah flag off untuk peserta larian pulak. Ops, fun walk or fun run lah.  
Seronoknya tengok semangat masing masing nak join acara camni. Ada yang bawak anaknya guna stroller, ada yang tolak family dengan kerusi roda sambil berlari lari anak. Lagi syok tengok bebudak pepagi aktif bangun pagi Dan join fun walk atau main basikal. Selalunya bila hari cuti, ada type budak yang suka tidur lambat waktu malam Dan bangun lewat keesokan harinya. Huhu.. Salute parents yang menggalakkan anak anak join aktiviti sihat seperti ini! 
Jujur cakap, memula je aku lari lari. Tak sampai berapa meter, aku dah mengah. So setakat briskwalk sambil menikmati permandangan sekitar. Ambil video, gambar Dan relaks relaks je sebab kat belakang aku Banyak lagi orang. Tak lah rasa tertinggal sangat. Nampak orang yang fun ride pun boleh tahan penatnya. Route yang kami lalu tu ada laluan berbukit. Perghh, Gigih menapak! Aku rasa kalau aku ride basikal, memang stop kejap la time tu Then turun basikal Dan sorong je masa naik Bukit. Huhu..
Aku selang selikan briskwalk dengan,jalan perlahan Dan lari lari anak supaya lebih menghiburkan. Adik aku time tu dah kedepan meninggalkan kakaknya. Memang aku dah pesan Awal Awal, takpa kalau nak lari laju, pergi je dulu..Tak yah menunggu atau saing aku. Jumpa di garisan penamat. Masing masing ada kekuatan tersendiri. Berlari Mengikut kemampuan. Janji bergerak dan keluarkan peluh, bagi Lemak pecah sikit. Ok la kan?
Wow! Dapat tengok bandar JB tanpa jammed kat area sini! Teruja pulak ek bila jalan ditutup! Selalunya kalau lalu sini, memang Banyak aje kereta lalu lalang. Tak pernah lengang kecuali zaman Covid dulu la kot. Route haritu pusing sekitar area MBJB tu. Ada ler lalu tepi Kota Jail, Persada Johor, Hotel Hotel sekitar Bandar JB Dan lain lain. 
Nampak kami ker?
Mine. Tak sampai 5km pun jarak larian tu sebenarnya.. Jadiklah Dari takda  langsung.. Kan? Alhamdulillah. Terasa diri ini proaktif di Hujung Minggu! Hehe.. Semoga terus sihat ye, Nona! Senaman cooling down baru bermula semasa aku sampai ke garisan penamat selesai larian. 
Lucky draw? Sorry..takda luck! Maybe next time? Aku tengok FB rupanya dorang memang selalu buat event larian gini. Terbaiklah!
Kelebihan join aktiviti Fun Run atau Fun Walk atau Fun Ride 
1. Dapat menyihatkan badan sebab Banyak pergerakan aktif Dan mencerdaskan minda.
2. Boleh mengurangkan stress
3. Melihat Kebesaran Allah Dan Memupuk Rasa Bersyukur.
4. Memupuk semangat kesukanan 
5. Mewujudkan rakyat yang aktif, sihat Dan berdaya saing
6. Merapatkan hubungan silaturrahim sesama Keluarga atau insan tersayang.
7. Mendedahkan anak anak dengan aura positif
Ok, nak cerita sikit. Bagi yang tak sempat solat Subuh Dari rumah, korang jangan pening. Boleh solat Subuh kat Masjid. Ya, ada sebuah masjid di sana! Kat Mana? Haa..Bukan dalam Bangunan MBJB atau dalam Kawasan tu. Cari 
Masjid India. Ianya berdekatan tempat kami parking kereta cuma kena menapak lebih Dan seberang ke Kawasan sebelah. Nampak sangat aku jarang lalu situ, Dan tak selalu melepak di Bazar karat. Heee... Dari tempat parking..jalan terus sikit, (Boleh Nampak kubah masjid serta dengar bunyi alunan mengaji Dari jauh) then Masuk simpang kanan (Nampak 
Kedai Makan Mamak kat tepi jalan), lepastu belok kiri. Confirm jumpaaa! 
Overall, boleh Cuba lagi next time! But maybe bukan dalam masa terdekat. Sakit betul badan Dan kaki saya! Haaa..Tak biasa kan. Memang ler bisa bisa gituh. Tapi Takleh sampai demam. So far okay lagi badan bertahan, tak teruk sampai nak demam. Huhu.. Alhamdulillah untuk kekuatan Dan kesihatan yang diberikan. Nice experience to me untuk usia sekarang!! 
Notakaki: Kenangan Coffee stall berhampiran situ 😄 
 
 
10 Comments
wah..program yg bagus..kat KL selalu buat kan? kat N9 x de lagi so far program car free ni....
ReplyDeleteweekend lepas pun MA join fun run..fun sgt, nanti dtg jengah baca yer
Whoaaaa..Join jugak yee..Lagi Terbaik ni! Ok Nanti bacaaa
Deletememang best program ni, kt tempat saya ada juga program macam ni, mesti join, keluar peluh, hilang stress
ReplyDeleteKan...Syok tu!
DeleteKan..Syok tuhhh..Memang Best dapat hilang stress!
DeleteMenarik join, tp Takde mmber hahaha. Nanti free, Kau boleh join lagi Nona, chaiyokkkk
ReplyDeleteInshaAllah..Benda ni ikut mood Dan kerajinan...Huuuu
DeleteFun ride dan fun walk nya memang diadakan setiap Minggu atau waktu tertentu saja saat JB car free day kak?
ReplyDeleteDulu awal2 jalan Sudirman di jakarta ditetapkan sebagai Car free day setiap hari Minggu, saya semangat olahraga di sana. Tapi tak dibuat event, hanya saja semua orang boleh datang dan berolahraga apapun. Dari pukul 6-10 pagi.
Tapi skr dah jarang datang, sebab cuaca sering hujan, dan letaknya pun agak jauh dr rumah.
Tapi memang seruu sangat bisa olahraga di jalana yg sepi tanpa kendaraan
Wah best ni. JB pun dah ada car free macam KL ye. Sesekali join aktiviti macam ni best juga Nona kan.
ReplyDeleteYe dah ada
Delete...Ha ah..Sesekali try..ok jugak
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .