Lunch dengan Buffet Boss Serendah RM28+ di ibis Style Johor Iskandar Puteri

Lunch dengan Buffet Boss Serendah RM28+ di ibis Style Johor Iskandar Puteri

Lunch dengan Buffet Boss Serendah RM28+ di ibis Style Johor Iskandar Puteri || Pertama kali jejak ke ibis Style Johor kat Iskandar Puteri last week. Baru kutahu inilah satu satunya hotel yang berdiri teguh kat sekitar kawasan perindustrian. Akhirnya daku sampai ke sini jugak untuk mencuba Buffet Boss yang berharga murah iaitu Serendah RM28+ sahaja?!! Tak menahan tengok iklan gambar gambar makanan kat sana.. Teringin try sendiri rasanya Dan kualiti makanan. Dan yang menariknya ibis Style Johor Iskandar Puteri ni kerana mereka dapat Green Key from Denmark which means diisytiharkan sebagai hotel yang mesra alam sekitar! Wow! 

Masuk masuk je nampak interior design hotel yang simple tapi bersih Dan menenangkan. Kelihatan dinding yang bermotifkan coklat. Ini adalah kerana ownernya merupakan seorang pemilik kilang pembuatan Coklat. Huhu.. Ok jom kita masuk tengok apa ada dalam Buffet Boss ni sebenarnya?

ibis Style Iskandar Puteri Johor

Dari cermin kereta. Snap satu gambar!

Buffet Boss

Bersih Dan selesa ruangan makan di ibis Style Johor.

Sekiranya ada plan nak buat private event kat sini, mereka ada menyediakan sebuah ruangan khas untuk untuk apa jua private event. Muat dalam lebih kurang 30 orang. Barulah terasa lebih dekat dengan team atau keluarga yang dijemput hadir, betul tak. Hehe.. Modal tak perlu banyak tapi masa yang diluangkan bersama tu sangat berharga. Ewah!!

Chicken

My favourite!

Makanan berat seperti nasi Putih, Mee Goreng Dan lauk Pauk seperti Chicken Parmigiana, daging Masak kicap Dan lain lain disediakan khusus buat customer.

Selain itu, terdapat jugak sayur sayuran seperti salad, ulam ulaman,.kerabu Dan lain lain lauk yang menyelerakan! Member Nona suka betul dengan Daging masak kicap kat sana sampai bertambah tambah kuahnya lagi. Bukan sahaja lauk Pauk malah terdapat jugak menu Sup Tom Yam, Dan bubur kacang merah sebagai pembuka selera.

Kerabu
Aneka Kerabu dan Salad

Kek
Aneka Dessert

Dessert, buah buahan Dan aiskrim turut tersedia kat sana ye! Ya, complete dari makanan berat sehingga ke dessert! Aku suka sangat kek Choco Oreo tu! Mantap sedap! Berketul ketul Masuk mulut! Haha

Bagi Nona, Memang berbaloi harga dengan sajian yang dihidangkan. Makan bertambah tambah selagi ada masa. Ye tak? 

Infused Water

Ruangan Coffee pun ada Tau. Bukan tiga jenis minuman ni je yang ada. Bolehlah mengopi setelah Makan semua!

Rojak

Rojak jangan dilupakan. Sedap kuah rojak tu. Secukup rasa! 

Bersih

Semua terjaga rapi dari segi kesihatan Dan keselamatan makananyya. And also ada HALAL Certified ye! Boleh makan tanpa ragu. Gituh! Gambar lain ada di Facebook Nona

Overall, semua just nice. Juadah yang cukup mengenyangkan, not bad rasanya, tempat selesa, Dan harga murah!! Nona loves it! Korang pun kena try Buffet Boss ni ye. Suggested!

Info seperti di bawah:


Masa: 12:00PM - 2.30PM (Isnin-Jumaat)

Harga: RM28+ Sahaja 

Contact atau Hubungi

Sosial Media


Syukur, Alhamdulillah! Kenyang betul! 



Post a Comment

12 Comments

  1. murah tu RM28+ je...byk jg menu nya...rojak kangkung dah lama tak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah murah..dia ada plus sebab tax 6% gitu.. hehehe..

      Delete
  2. murah sangat pada kak ana ni Nona , menu pun nampak okay semua :)

    ReplyDelete
  3. Jarang dapat harga murah macam ni. Berbaloi tu dapat menjamu selera macam-macam menu. Lagi best kalau dapat menginap di sini kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye..jarang nak dapat harga tu sekarang..Berulang kali pulak tu leh makan..hehe..

      Betul, lagi best kalau dapat menginap! Ehek..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .