Menu Berbuka Hari Ke-12,13&14 Puasa

Menu Berbuka Hari Ke-12,13&14 Puasa

Menu Berbuka Hari Ke-12,13&14 Puasa || Ini menu semua time berbuka puasa kat tempat kerja. Minggu ni shift balik jam 7 malam. Tapi bila kerja penting tu tak habis, memang sambung je selepas waktu berbuka puasa. Sama ada membazar atau bawak bekal Dari rumah Dan panaskan kat microwave. Ops, memang Tak nak missed update pasal menu berbuka puasa ek walaupun gambar tak berapa semenggah sebab nak cepat berbuka, last minute ambil gambar kenangan. Haha.. 

So Inilah menu simple tapi cukup buat perutku. Kalau rajin, beli jugak kudap tambahan. Geram tengok memacam ek kat Bazar itu! Hari Ke 12 puasa, aku Makan nasi Lemak bekal daripada menu sahur Dan sambal Paru yang diorder Awal kat akak kantin tempat aku bekerja. Dia jual sebekas gitu. Fuh sedapnya... Terhasillah Nasi Lemak Sambal Paru Dan Telur Rebus. Weehuuuu! The next day, Makan Mamee Chef Laksa Sarawak aje! Sebab memang bebetul tak sempat nak keluar membazar. Non stop ye kerja Wajib tu. Sampaikan minum air dulu buat alas perut, Barulah menelan Mamee Chef tu. The Next day, sempat ke Bazar Makan mencari lontong basah. Alhamdulillah Semua sedap pada tekakku! 

Nasi lemak sambal paru

Sambal paru

Mantap sambal Paru!

Mamee Chef Laksa Sarawak

Favourite Mamee Chef! Simple betul menu ek.. Biskut tu saja buat tambah tambah..Haha..

Lontong

Tak pernah jemu menu ni. Makan pagi ke..Malam ke...Aku okay aje! Janji kuah Lemak Dan sambal tu berasa, haaa .. sudah cukup memadai!

Ok done kasik lump sum cerita menu berbuka. Hehe.. Meskipun tak semeriah menu orang lain, tetaplah simpan kenangan Menu Berbuka Puasa 2026 di sini...


Post a Comment

0 Comments