Lunch Laksa Meehoon kat SDS Taman Kota Puteri || Kisah Makan Makan dengan team FSSC Event yang telah selamat berlangsung kat tempat kerjaku. All about FSSC topic. Boss belanja ler sebab dah sukses. Boss nampak progress. Sorang budget RM30 gituh. Alhamdulillah. Masing masing berikan semangat dan kerjasama yang baik dalam membuat tugasan Dan persediaan untuk hari event walaupun kami berbeza department.. Aku nak bagi tepukan gemuruh kat team kami ni. Sibuk sibuk pun Cuba jugak luangkan masa. Kadang start buat aktiviti tu time lagi sejam dah hampir ke timing tamat waktu kerja.. Ada benda yang mana memang bukan kepakaran diri ini tapi orang lain ada. Aku part tolong gunting-gunting, tape tape atau gam gam tu bolehlah ek... Kalau ikut kekreatifan memang ketinggalan ek. Hahahaa.. 😂 Tolong semampu yang boleh..
Alhamdulillah. Lunch haritu makan Laksa Meehoon kat SDS Taman Kota Puteri haritu. Sedap jugak! Tak pernah makan menu ni and jarang sangat makan kat SDS. Sebelumni pernah try makan nasi lemak. Bolehlah, xoxo. Not bad. Hehe! Cuma haritu sebab menu Laksa Meehoon telah diorder Awal untuk penjimatan masa (By WhatsaPP), so meehoon tu agak dah kembang sikit ye keadaannya bila saya sampai ke sana. Tapi kuah Masih sedap mantap! Hehe.. Next time bolehlah order this menu lagi. Saja tak nak amek nasi sebab nak isi perut dengan air Dan roti SDS lain yang sedap itu 😂 (Roti atau croissant tu bayar sendiri)



1 Comments
Alhamdulillah.
ReplyDeleteRezeki Allah .
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .