Wordless Wednesday: Keria Pistachio

Wordless Wednesday: Keria Pistachio

 Wordless Wednesday: Keria Pistachio

Keria Pistachio

Haritu singgah Jap Food Fest kat Lotus Taman Kota Masai Dan Seri Alam. 

Siang tu alang alang dah balik kerja, singgah lalu Lotus Taman Kota Masai dulu.. Meskipun tengah selesema, nak jugak la try kuih keria kat sini. Hehe.. Lama la tak Makan kuih keria. Aku beli original Dan keria Pistachio. Tak dapat Keli Pistachio, try keria Pistachio pun okay la 🤣 Kemain selera kau Nonaaaa 😅

Keria

Macamtu kita tutup mata bayar demi keria Pistachio. Ehek..

Keria

Semasa sedang buat pilihan, ada sorang customer warga emas. Beliau Tanya, yang bentuk bulat tu kuih keria ke... Ye, maybe bagi dia, kuih keria asli mesti berbentuk cam donat la... Kan.. Inovasi zaman Sekarang, orang buat bebola keria ek. Aku pun pilih la bebola keria tu. Haha.. Tak nak ketinggalan walaupun tahu sama je rasanya pun..Kikiki..

Kuihkeria

Lembut. Dek kerana aku tengah selesema, takde lah rasa sangat time Makan tu. Dapat rasa kelembutannya jela.. Sobbss tapi lepastu aku bagi maklong aku try. Dia cakap, lagi lembut keria Pistachio ni Dari yang original Dan kurang sikit manisnya keria Pistachio tu.. Huhu.. 

Keria
Haa...puas hati dah try. Kalau jumpa lagi, nak try lagi. Harap time tu dah tak selesema Dan sihat sihat saja. Aamin!


Notakaki: Semoga Nona sihat Dari demam, batik Dan selesema yang dialami sekarang..



Post a Comment

0 Comments